Sunday, January 24, 2010

simpan buat baka




Ayam ni pun berasal dari reban rakan saya iaitu cg amran besut. harap-harap la ayam ni dapat bertelur dengan baik, dikatakan ayam ni mempunyai susur galur dari ayam ah wee... apepun kena tunggu dia membesar dulu... waktu mula2 ambik dulu xdela tarik sangat, saja beli untuk buat baka dan buat koleksi.. x sangka plak semenjak 2 menjak ni boleh tarik plak.. harap2 dapat hasil yang baik dari ayam ini.. InsyaAllah...ambik 3 ekor betina, tp sekor dah mati & sekor sekarang ni dok sakit mata... sedang berubat dengan cara tradisional... x tahu la boleh ok ke x sakitnye tu... apepun kita sekadar berusaha, kalo x sembuh jugak, yang lainnya diatas kuasa Tuhan jua...

Wednesday, January 20, 2010

Penyeri di waktu kelapangan

Antara induk-induk yang ade di reban







induk ini baru je menghuni reban saya dalam 2 minggu lepas semasa saya berkunjung ke kuala lumpur... baka induk ini adalah dari reban salah satu otai di keramat yang pada pengamatan saya, ayam-ayam beliau sememangnya cantik dan bergaya.. sekarang bertelur sebanyak 4 biji dan menunggu masa untuk mengeram... masih berdebar-debar lagi menunggu hasilnye...







induk yang di sebelah adalah dari reban rashid marang... dimasukkan dengan pembaka yang berumur lebih kurang setahun setengah dari reban poksu him marak... juga telah bertelur 5 biji..






Antara pembaka jantan di rumah

beli masa anak b nak masuk remaja... sekarang buat bapak je..sayap lempar kedepan, baru je datang perangai... baka tok uban yang orang cakap lambat nak buat kerja....



ayam yng ini baka dari reban cikgu amran besut.. ambik di waktu remaja... 2-3 bulan yang dulu pernah sakit teruk, bile sembuh sikit, balung menjadi biru.. alhamdulillah sekarang dah pulih sepenuhnya & dah pun buat bapak sepenuh masa... susunan gigi balung dan balung plastik... diletak bersama 2 induk bulu kemas dari baka besi buruk dah bertelur lebih kurang 14 biji dari kedua-induk tersebut...

Minggu yang agak sibuk

2-3 minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dalam menjalankan kerja seharian. x sempat nak mengemaskini blog.. dalam pada itu juga, kesihatan saya kurang memberansangkan dalam minggu ni,demam dan batuk yang x berhenti-henti..reban pun x sempat nak diuruskan dengan baik, ayam-ayam sekadar diberi makan sahaja... walaupun dalam keaadaan yang agak kurang sihat, saya sempat jugak menjenguk beberapa reban otai serama di kawasan terengganu & kelantan... di sana saya sempat mendapatkan satu tips bagi mendapatkan kadar peratusan yang tinggi untuk mendapatkan anak ayam yang cantik. cara tersebut adalah bapak pembaka yang ada hendaklah dari bapak tua + ibu yang tua... mungkin induk ini akan bertelur hanya 2-3 biji namun hasilnya insyaallah menjadi.. mungkin ada diantara kita yang akan berbeza pendapat tentang perkara ini, namun ini adalah sekadar tips sahaja yang boleh dikongsikan bersama serta mungkin boleh praktikkan & mencuba 'trial & error' dalam proses penternakan ini. moga-moga bagi peminat-peminat baru yang lain seperti dapat mengeluarkan hasil reban yang diingini kelak berdasarkan ilmu-ilmu dari otai-otai serama yang ada.Insyaallah di lain kali saya cuba memasukkan tips yang lain pula…

Monday, January 4, 2010

Awang Selamat




ayam ni memang galak beraksi.. sayapnya sering kali melempar ke depan..ia sudah beberapa kali memenangi pertandingan kategori remaja di kota bharu dan johan kategori remaja di Kedah..

Jalan-Jalan tengok ayam







Semalam saya berkesempatan mengunjungi reban poksu him bukit marak. Banyak ilmu serta tips telah beliau kongsikan kepada saya.. di sepanjang perbualan, beliau telah mengeluarkan 'peluru terbaru' iaitu anak b yang pada pengamatan saya yang tidak brape arif ni sangat cantik... Kecik dan sememangnya sangat galak dengan keadaannya yang tarik, memang memikat hati saya... mengikut katanya, ayam ni tidak dikurung seekor-seekor kerana bimbang lari chasis kerana ia terlalu tarik.. jd beliau meletakkan beberapa ekor kawan-kawannya yang lain di dalam satu kurungan... sebelum saya pulang, beliau telah menghadiahkan seekor remaja jantan yang kepalanya agak bergetar kepada saya... alhamdulillah, memang da rezeki saya...namun ayam tersebut x datang perangai lagi dimeja, cuma perlukan latihan secara berterusan.. disini saya letakkan beberapa keping foto anak b tersebut dan remaja 'Awang Selamat' yang menjadi johan remaja di Tebengau, Kedah baru-baru ini.

Saturday, January 2, 2010

'Awe Yoh' ( Pindah kediaman )







Ni adelah koleksi terbaru saya... Maklumla orang baru, hasil reban pon takde lagi... Jadi, banyaklah pusing-pusing macam gasing & jalan-jalan cari ayam kat area Terengganu & Kelantan ni...hehehe... Kalau nak harapkan ayam keluaran reban sendiri, tunggula 5-6 bulan lagi untuk hasilnya... Oh ya, ayam ni sebenarnya saya ambil dari reban cikgu Amran Besut... ayamnye kecik je, kecik sedikit ngn Wok Yoh dalam serama online... ingat nak bawak masuk bon di merang nanti... xpun bon yang terdekat di batu 6 hari sabtu ni... itupun sekadar perancangan saje.....

anok tino cek timoh'





'Cek timoh' ni baru je diambil dari reban Poksu him... ada seekor lagi membernya yang remaja jantan baru je mati... itulah risiko yang perlu dihadapi... tibe-tibe monyok pagi esoknya terus KO... Xde rezeki.. tp takpelah, insyaallah ade pengganti yang lain nanti... berbalik plak pada yang betine, ayam ni memang selam... tp tengkuknya xdela bergetar... biasa-biasa saja.. x tahula bertelur ke tidak, tp kakak seibu sebapak dengannya yang terdahulu teramat selam jugak namun boleh bertelur dan sekarang ni sedang mengeram di reban tuannya di bukit marak... harap-harap yang ini pon dapat bertelor...kalau x bertelor, alamatnya uat masuk bon je la...