Tuesday, November 30, 2010

Keindahan ciptaan Tuhan








Masyaallah.... sungguh selam ayam muda ni... bewarna kuning, selam menjunam memang boleh mencair hati sesiapa sahaja yang melihatnya... biasanya kalo yang selam menjunam biasanya kita lihat bagi yang induk2 sahaja.. tetapi yang ini memang laindari yang lain... Pernah ditawarkan dengan yang tinggi oleh peminat2 serama. Namun tuannya amat sayang kepadanya. Gambar ini sempat di snap pada petang semalam. Rumah breeder ini dengan rumah saya adalah lebih kurang 3 minit perjalanan sahaja... hehehe.. kira kampung sebelah je.. semalam pun berkunjung ke rumah breeder otai ini bersama2 abang rashid marang dan seorang lagi otai serama.
Ayam ini walaupun dengan keadaan yang sebegitu rupa memang kuat mengebas dan mempunyai pakej yang agak lengkap, dengan cutting yang tinggi serta tubuh yang tegap.
dengan adanya ayam seperti ini membuatkan saya amat bersemangat untuk cuba menghasilkan lagi ayam2 direban... insyaallah..

Monday, November 29, 2010

sedikit coretan...

Alhamdulillah,... dah mula bekerja balik... 2 hari lepas saya sempat menghadiri pertandingan di KL... saya pergi dengan rombongan bas dari terengganu... dalam pertandingan ini, Awe Sulong X perform sangat.. tapi masih boleh dapat hadiah saguhati.. keadaan AS yang mula meluruh mungkin salah satu penyebab dia x bagi yang terbaik... apepun, syukur alhamdulillah.. saya bawak ayam 4 ekor untuk buat main. dua dapat saguhati.. okla, janji masuk game.. hehehe.. semalam, telor2 yang dieram oleh cendana dewi dah mula menetas. skang ni baru menetas 2 ekor. harap2 ade lagi yang menetas lagi hari ini..
untuk game kali ini, boleh dikatakan ayam dari kelantan mendominasi keseluruhan johan kategori hanya kategori serama A yang dijuarai oleh ayam abang rashid marang. ayam botb di menangi oleh ayam dari kelantan juga.. boleh dikatakan semua ayam yang bertanding memang hebat2 dari segi gaya dan aksesori.. penyertaan semalam berkemungkinan dalam 400 ekor..
mmmm,,, gambar2 semasa pertandingan saya akan masukkan nanti, insyaalah.. bagi rakan-rakan blogger yang sempat saya temui, salam saya ucapkan dan terima kasih atas pandangan dan tips2 bagi kaedah breeding serta ayam untuk pertandingan.

Wednesday, November 24, 2010

lepak2 umah member




salam, sempat bertandang kerumah member saya untuk mempersiapkan ayam untuk dibawa ke kl 27 haribulan ni... sambil2 tu sempat la snap gambar induk ni... btul2 susah nak snap... pemalu btul induk ni... x macam AS kalo bergambar... induk cantik & harganya pun cantik... berpadananla dengan bentuk badannya... kata tuannya, peratusan bertelur cantik tu adalah tinggi walaupun ayam yang selam... apepun, kna tunggu & lihat je nanti...

Tuesday, November 23, 2010

anak B AS + limbat gegar cg loh...





adik beradik tino pernah dipostkan sebelum ini, skang ni yang jantan plak... nampak la sikit... sepasang lagi pun nampaknya dah mula 'mari'... cubaan pertama dengan induk limbat dada besar cg loh dah ok... tengkuk panjang macam 'S' ular senduk... kaki boleh la tahan tingginya... perangai je x tahu ok ke tak....

Monday, November 22, 2010

ape-ape je...

salam, tak tahu nak tulis ape.... nak upload gambar ayam pun blum sempat lagi.. x sempat nak snap gambar.. yang ade pun gambar2 ayam yang dah KO... 2-3ekor gak yg monyok, mungkin berdasarkan cuaca yang tidak menentu skang ni kot... mmmm, projek tahun depan dah pun bermula.. induk2 pon semakin banyak & dah x cukup reban dibuatnya... terpaksala saya buat reban yang baru skang ni. anak2 ayam pon sdang membesar... yg jantan dr anak A lg banyak dah diletgo.. tinggal betina je.,. anak AS yang jantan anak B ade 2 ekor lgi...tu pun dah ramai yang mintak tp saya masih sayang nak lepas ...dua2 dah bercutting tp x tau la ape nak jadi pada masa depan. mmmmmmm,, mungkin esok atau lusa saya akan uploadkan gambar anak2nya yang 2 ekor tu.. Untuk pengetahuan sumer, skang ni saya masukkan 2 ekor induk berwarna putih beras & kuning dengan seekor jantan rinting untuk dibuat pembiakan.. nak try kaler2 yang rinting plak... insyaalah kalo takde aral AS akan turun ke kl 27 ni bersama rombongan dari terengganu... tp x tau la sangkut nombor ke tidak, semuanya bergantung atas potensi & rezekinya pada hari itu..

Wednesday, November 10, 2010

anak tino AS + limbat gegar cg loh...









anak tina ni adalah dari baka AS n limbat gegar.. dulu dapat anak 4 ekor, 2 dah di ambik tuan asal induk & 2 lagi ade ngn saya.. dapatla sepasang sorang..hehehe... induk limbat yang telah dipostkan videonya sebelum ini dah jadi milik saya sepenuhnya.. hehehe... memang dah ade cutting untuk anak tina, harap2 berdada besar seperti ibunya... anak tina ni agak unik sikit, sebab boleh teleng kepalanya sampai ke belakang... apepun, anak ni saya nak buat simpan untuk baka seterusnya...

anak tina besi buruk dulu......




anak tino besi buruk dulu mase remaja.. pernah dipostkan sebelum ini.. skang ni dah besar... dah bertukar tangan mase remaja skang ni bersama pemilik baru... ayam tinggi dada besar... hasil reban sendiri..

Monday, November 8, 2010

serama muda member


antara koleksi serama member saya.... ayam x banyak kat umah dia namun induk2 & jantan adalah dari baka yang terpilih. ayam muda ni kalo x silap saya dia nak lepas. jadi bagi sesiapa yang berminat bolehla menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

Wednesday, November 3, 2010

Induk Perancangan Tahun 2011




salam.... induk simpanan untuk projek 2011.... induk selam dan bergetar..., dari baka yang terpilih... berkaki sederhana tinggi, bilah ekor tersusun rapi, berbalung halus & leher agak panjang... insyaallah, anak2nya akan dipamerkan pada tahun depan... Gambar dan video ini diambil ketika saya berada di rumah rakan serama baru2 ini...