Saturday, December 31, 2011

koleksi sri bidong 8

assalamualaikum, rasanya masih belum terlewat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada rakan2 serama diseantero dunia.. huhuhuhu... dengan kedatangan tahun ini, maka dengan rasmi group 2012 ditubuhkan. ohya, perancangan asal untuk penganjuran bon pada bulan januari terpaksa ditunda, berkemungkinan akan diadakan selepas bon besar bulan Februari di Kota Bharu. sebab utama bon ini terpaksa ditunda adalah kerana dewan pertandingan adalah 'fully booked' pada bulan januari. hmmm, berkenaan dengan pertandingan ini, salah satu syarat utama adalah, setiap penyertaan atau ayam hanya boleh didaftarkan sekali sahaja iaitu dengan kata lainnya acara lipat melipat ayam adalah tidak dibenarkan. oklah, malas nak berceloteh dengan panjang , kita lihat antara koleksi otai sri bidong yang ada.





dah dapat kejuaraan bon kecil di penampilan pertama... balong macam sikat.








yang 2-2ekor diatas adalah sekapal juga, insyaallah bakal menyinar juga.

Sunday, December 25, 2011

Anak B ke remaja




masih anak2 lagi, bercutting agak tinggi, balung bolih tahan... simpanan untuk saya buat main semula tahun 2012 nanti... Insyaallah...

Sunday, December 4, 2011

Projek Tahun 2012 Dari Koleksi Serama Keramat





Assalam, pejantan serta induk gambar2 berikut adalah dari reban serama keramat, kesemua sekali adalah dari induk serta jantan pembaka yang terpilih.... harap2 tahun 2012 anak2 serama yang dikeluarkan banyak yang berkualiti.... ohya, bercakap tentang tahun 2012, saya serta rakan-rakan serama, hazlan, tolib sri bidong serta beberapa orang teman serama yang lain bercadang menubuhkan satu grup serama dikenali dengan 2012 Group.... ia adalah berlainan dengan kelab serama yang ada kerana sesiapa pun pon bolih menyertainya, tak kira di negeri mana anda berada.... untuk permulaan, 2012 group akan mengadakan satu pertandingan serama bon kecil, mungkin pada bulan januari... tarikh serta tempat masih dalam perbincangan... ianya akan diadakan secara bulanan, dan dibuat tanpa bertembung dengan pertandingan serama yang lain.... insyaallah,....