Sunday, January 30, 2011

Masih dalam musimnya.



Assalam, rasanya musim hujan masih belum ke penghujung... skang ni musim hujan beserta angin kencang... huhuhu... takpe la dah musimnya... ayam banyak yang berada dalam kesejukan.. namun, semuanya banyak yang di bawah lampu..
walau pun begitu, alhamdullah... telur-telur yang ada pun dah mula menetas.. setakat ini anak2 yang ada dari umur sebulan ke atas dah ada lebih kurang 30 ekor lebih.. tu pun hasil dari beberapa induk dengan bapak-bapak pembaka yang ada di rumah...
aktiviti sekarang adalah saya sedang upgred reban yang sedia ada dan sedang membuat reban2 yang baru bagi menampung ayam yang semakin banyak direban ni... kesian plak saya tengok... bersesak-sesak...

Wednesday, January 19, 2011

Awe Tangkuban



anak As dengan induk tok uban... memang kuat darah tok uban yang mengalir didalamnya... sehingga warna bertukar kepada nise hangus, walaupun awe sulong berwarna pinang masak... dulu xde la galak sangat, tp sekarang ianya dah mula datang perangai mengikut jejak perangai bapaknya... telah pun disunting oleh peminat serama dari negara seberang... insyaallah ia akan bersama-sama tuan barunya di palembang nanti....

Cara-cara menurunkan ekor

As salam, seperti yang saya war warkan sebelum ini, hari ini saya masukkan gambar cara-cara menurunkan ekor ayam.. peratus untuk btul2 ekor turun saya x dapat jamin. tp kalau dibuat banyak kali insyallah dapat (practice make perfect) ... biasanya saya buat di sebelah petang dan sebelum ayam tidur.. selepas siap, ayam itu akan dibiarkan tidur bertenggek agar klip pemberat turun ke bawah.. kalo boleh sebelum kita meletakkan klip, kita seharusnya memastikan bahawa ekor betul2 dalam berkeadaan lurus dan jangan senget.. kalo ekor senget, kedudukan ekor akan menjadi senget apabila kita membuka klip tersebut.. ianya perlu dilakukan berulang kali pada sebelah petang dan buka kembali pada sebelah pagi keesokkan harinya.. dengan cara ini, dapat kita turunkan ekor ayam secara tradisional..


klip kertas.



Pegang ekor dan kecikkan susunan ekornya

Klip ekor, biarkan ekor menjadi berat ke bawah


Biarkan sehingga pagi dan bukakan kembali serta ulanginya sehingga ia btul2 turun.


p/s : terima kasih kepada Azlan kerana sudi berkongsi tips ini....

Wednesday, January 12, 2011

Awe Tegangga





Stok tahun 2011, pembaka sepenuh masa.. dah dimasukkan induk 3 ekor... Berwarna kubing berkaki kuning tinggi, tengkuk panjang, kepala balung bolehla tahan.. Ayam ni beratnya dalam 310gm.. Ayam A, makin lame makin selam... Alhamdulillah...

latihan petang





As salam,
beginilah keadaan di rumah kalo hari panas... anak2 serta jantan diletak dibawah serkup dalam 2 jam... nak training lebih2 x boleh... sebb skang ni cepat sangat dah waktu maghrib...

Tuesday, January 4, 2011

Anak2 serama






As salam, sekadar berkongsi gambar terbaru anak2 serama yang ada direban... tahun lepas, banyak anak2 yang ada x sempat saya tengok hingga membesar... hampir kesemuanya anak2 dah berpindah reban.. insyaallah, untuk tahun ini, saya akan simpan dulu untuk btul2 lihat potensinya macam mana...
Proses pencarian induk serta penambahan reban sedang dijalankan... buat mase ini, induk2 yang ade dah berkurangan disebabkan penyakit & cuaca yang tidak menentu baru2 ini.. oleh yang demikian, penambahan induk2 akan dibuat sedikit masa lagi... induk2 dara yang disimpan pon lagi 2 bulan akan bertelur... keutamaan induk yang saya simpan adalah bercirikan leher panjang, kepala kecil, bulu kemas, balung halus serta bercutting tinggi... semoga tahun ini kemeriahan serta peminat serama akan lebih lagi dan banyak pertandingan yang diadakan dengan jayanya...