Wednesday, October 17, 2012

anak a oh anak a



Assalamualaikum, di dalam kesibukan tugas kerja serta serama2 yang tidak terurus, rezeki dari Allah masih lagi hadir... Alhamdulillah... anak tersebut adalah salah satu dari anak pertama induk yg pertama kali bertelor n mengeram.... anak ini adalah adalah hasil gabungan inline breed saya... hasil gabungan bapak merah wan sabri dengan anak betinanya lalu lahirlah anak a ini.... mula2 menetas 7 ekor, tp sayang 6 ekor mati waktu kecil.... biasala, anak pertama... apapun saya tetap bersyukur, kajian RND yg saya jalankan hampir 3 tahun dulu mula menampakkan hasil.. Alhamdulillah...

Saturday, October 13, 2012

anak2 serama koleksi oktober



Assalamualaikum, rezeki di bulan oktober... anak2 yang ada mula membesar, dah kurang sukar nak menjaganya. kalo waktu kecil, semua bekas yang berisakan air semuanya saya letakkan batu kecil dlm bekas air tersebut bagi mengelakkan anak2 yang teramat kecil jatuh n mati didalamnya..
untuk posting kali ini, saya cuma menampilkan anak2 serama dari pembaka muda yang ada dirumah ini,    Pembaka muda ni adalah gabungan dari anak awe panglima iaitu awe bongsu, anak binjai manis, awe inderanata bloodline wan sabri serta 2-3 ekor lagi... semua yang ada sekarang ni dah bercampur 2-3 bloodlines...
dalam kaedah breed yang saya sekarang, saya byk menyilangkan baka terlebih  dahulu dan kemudian membuat kaedah inbreed... terdapat beberapa kaedah lagi saya gunakan tetapi saya tak dapat jelaskan disini... apapun, kita seharusnya sabar dan usaha dalam proses breeding ayam serama... yang lainnya kita berserah pada ketetapan Yang Maha Esa.

anak inderanata yang pertama, sudah mula nampak bakat... alhamdulillah..


 anak pertama awe bongsu, cucu kepada awe panglima.... kuning cair.... dah remaja, tapi ekor masih anak b lagi. tak meluruh.....

cucu binjai manis si kubing....... keduanya sudah mulai menampakkan cutting walaupun terdapat perbezaan... warna rasanya akan jadi kubing......

Monday, October 1, 2012

Permata shikon


Assalamualaikum, Permata Shikon yg mula datang perangai... belum siap sepenuhnya kerna belum di latih sepenuhnya di bidong... insyaallah akan keluar bon nanti... mungkin ramai tertanya-tanya kemana hilangnya player2 baju oren aka 2012 group kan? huhuhu... sebenarnya group ni masih wujud, bukan x mahu ke bon, cuma keadaan serta masing2 mempunyai komitmen kerja yg sibuk telah membataskan sedikit waktu... tolib dengan ladang tembakaunya, Judin sibuk dengan penjagaan kuda sultan kelantan untuk endurance, saya pula asyik outstation ke kuala lumpur...
hmmmm,, video induk yg dipostkan tadi adalah untuk tatapan peminat serama dari johor... balung pada mulanya cantik, tp sekarang byk yg putus kerana digigit nyamuk... tak apala, ianya untuk dibuat baka jer kata beliau... kalo untuk bertanding mmg dah failed.. balung putus.....  diharap tuan barunya nanti akan berpuashati dengan induk ini....

serama bahar- anak dara alpha (SOLD TO JOHOR)