Monday, December 31, 2012

CORAT CORET TAHUN 2012

Inderanata
assalamualaikum dan salam sejahtera... dalam beberapa detik lagi tahun 2012 bakal meninggalkan kita.... diharap banyak azam bagi tahun ini yg di impikan telah tercapai....begitu juga saya, ada juga pahit manis yang saya lalui dalam breeding serama pada tahun ni,.... yang pahit tu disebabkan beberapa ekor ayam kesayangan telah pergi selamanya...huhuhuhu....  yang manisnya, pemahaman mengenai cara breeding makin bertambah dengan pemberian maklumat pembiakan dari otai2 breeder...
     disamping itu juga, selain dari ilmu pembiakan,  cara latihan serta kaedah melihat potensi ayam melalui bentuk badan juga telah dapat dipelajari serba sedikit dari rakan saya merangkap big boss 2012 group iaitu tolib sri bidong... harap2 ditahun mendatang saya dapat mempraktikkan sedikit demi sedikit dalam cara melatih ayam saya kelak....

sempat ada 5 ekor anak... mati sebelum dapat lihat anak2nya tetas...
 
Mengimbas kembali penghasilan ayam dari reban saya tahun ini, beberapa ekor telah terjual ke seberang. terima kasih banyak pada meng n judin kerna byk mempromosikan.....
GAUS (gambar Ehsan dari Meng)
 
muara hati ( gambar ehsan dari Meng)

Golden Army
 
hanya sekadar beberapa keping gambar yang dapat saya selitkan pada kali ini... inshaa Allah, di lain waktu saya akan masukkan anak - anak hasil reban yang lain, hasil dari breeding projek 2013.... sekian.....
 
p/s : SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.......
 


Sunday, December 23, 2012

Baru Terperasan,,,,,,,....



Assalamualaikum dan salam sejahtera, lain macam jer tajuk kali ni... hehehe... inilah keunikan dalam berserama,...beberapa foto diatas adalah ayam yg diluar jangkaan saya kerana tubuh serta paternnya yg belunjur membuatkan saya hanya memberi makan minum sahaja... 2-3 hari yg lepas baru saya tergerak hati untuk meletakkannya diatas meja selepas saya lihat perubahan bentuk pada ayam ni.... disebabkan tak pernah diletak diatas meja, ayam agak gayat pada mulanya.... namun mungkin akan dilatih agar dapat membiasakan diri dengan meja nanti....
   buat masa ni, ayam ni saya tak sempat nak bawak ke bon kerana keadaan dirinya yg tak terurus serta tidak pernah bersiram.... ekor muda baru tumbuh, namun ayam ni jenis cepat nak siap, banyak bulu2nya dah bersinar... kna bawak masuk dalam kategori je la kot nanti.... apa2 pun, kalo umur ayam ni panjang, insyaallah saya akan bawak ke bon..bukan ape, musim2 hujan ni, byk sangat penyakit ayam yg kita tak tahu... jadi jagalah serama anda dengan sebaiknya...

Thursday, December 20, 2012

Tok Akil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... nampak macam permata hati baru di reban, baru je diasing dari adik beradik dia yang lain. nampak mulai galak n garang... antara suku sakat bergenetik awe sulong yang masih ada direban dari sebelah induk dan genetik bapak Merah WS yg mempunyai pertalian dengan Naga Sri Bidong. keadaan semasa kelihatan agak tinggi, namun badannya agak bulat... harap2 dapat turun tengkuk sedikit masa lagi,,, pada waktu sekarang, keadaan tengkuknya yg panjang apabila dia tarik sedikit menampakkan cutting yg saya suka...

Monday, December 17, 2012

projek 2013 serta koleksi sri bidong

gabungan 4 darah
 Gabungan 3 baka

 jantan sekor, betina 2... okla kot
Anak inderanata yang mulai membesar tinggal 4 ekor, semuanya betina
 
 
         Assalamualaikum dan salam sejahtera, projek untuk 2013 telah pun bermula. Anak2 ayam gabungan banyak darah telah banyak yang menetas... Target tahun 2013 dan tahun 2014 nak cuba stabilkan patern n cutting yang kluar dari reban saya. tak tahula menjadi ke tak RnD untuk kali ni...
       Bapak untuk simpanan pembaka dari reban wan sabri pon dah banyak direban ni... fokus sekarang saya hanya menumpukan pada beberapa baka sahaja. dah malas nak fikir banyak untuk campuran baka bercampur gaul... baik buat je dengan ape yang ada... pernah ade sorang otai bagitahu, mula2 buat crossbreeding, pastu cuba rapatkan pertalian darah dengan inbreeding,,, hmmm,, nak terang panjang2 dalam ni pon saya tak berapa cekap nak menulis panjang2 lagipun saya masih baru setahun jagung dalam breeding ni... ayam2 pon biasa2 jer.... apa pun, buat je la apa yang patut, nak buat cross, inbreed, outbreed janji dapat menepati citarasa masing2... Sekian......

koleksi serama sri bidong Anok Ular





Tolib letak nama Anok Ular... huhuhu ... ade cerita disebalik nama ni... sedang sakit mata, sebab tu kurang aktif... jarang dia tunjuk kat orang, petang ni baru dia bawak kluar...

anok A koleksi Sri bidong



Assalam, jangan tanya rega, sebab dia tak buka rega untuk anak ayam ni.... ade beberapa ekor lagi anak A n anak B yang bolih buat orang sakit kepala dibuatnya...huhuhu... nak bwk kluar bon, banyak anak2 a  anak b yg x siap ekor... sebenarnya ada yang lain lagi, tp tolib x bagi post dalam ni.... huhuhu

Monday, November 26, 2012

Permata Shikon yang mulai penuh ekor


Assalam, rasanya sempat siap ekor kot untuk bon 1 hb ni, tapi perangainya x segah waktu muda.. tak sempat nak bawak turun bon, ekor dah pon siap..hmmm.. tak tahula, harap2 dia perform kot dapat saguhati, kalo x, bilorr lagila jawapnya...hehehe

Friday, November 23, 2012

The Star Sheriff

 
assalam, remaja ke muda yang mulai bangun, tubuh serta leher yang agak panjang... mungkin akan turun tengkuk sedikit masa lagi.. insyaallah...

Thursday, November 22, 2012

bapak teras pembakaku, merah wan sabri



 

Assalam, antara pembaka teras reban bloodline serama wan sabri, dah lama diletak dengan induk tp perangai masih memuaskan hati. balong agak besar, namun saya suka dengan gaya serta cuttingnya tinggi ... anak2 nya banyak jugak yg ok, sedap mata memandang,, anak2 yang terhasil pon byk yang berbalung halus mengikut genetik ibunya yg berbalong kecil... pada waktu ini, teras baka saya banyak dari bloodline ini, penjantan pembaka bloodline wan sabri ada lebih kurang 5 ekor.... terdapat beberapa ekor anaknya yg terbang ke negara jiran n pada rakan2 serama dalam malaysia.... pernah juga saya kacukkan dengan induk bloodline hj iskandar, alhamdulillah, anak2nya mudah nampak 'cutting'... Alhamdulillah....

Monday, November 12, 2012

Coretan Waktu Boring

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama rasanya saya tidak mencoret catatan perjalanan di bon. bukannya ape, kekurangan mengarang dari segi penulisan membataskan saya membuat catitan yang panjang lebar, tak seperti teman- teman serama yang lain yang handal dalam membuat catatan.
      Berbalik pada bon kota bharu, dah lama rasanya saya, Tolib Sri Bidong dan syed zira, Judin x turun.. bukannya, kami menyepi cuma seperti yang saya coretkan dulu, masing2 sibuk dengan komitmen tersendiri. perjalanan ke kb lebih kurang 2 1/2 jam.. sampai disana hampir jam 11 pagi.. sewaktu mula menurunkan kotak2 ayam serama, abang lie pauh lima serta mie wakaf che yeh sampai. alhamdulillah, senang sikit nak jumpa,.. kerna seminggu sebelum itu, mie wakaf che yeh meminta saya membawa 2 ekor induk dari hasil reban saya untuk dibuat pembaka.

      pada bon kali ni, saya hanya membawa seekor anak a dan seekor ayam muda kepunyaan member saya. Untuk pengetahuan semua, keutamaan saya lebih pada breed, jadi kalau saya ke bon pon hanya semata-mata bertemu mata dengan geng2 serama.. kebanyakan geng serama yang saya kenali hanya melalui telefon, jadi waktu di bonlah saya sempat mengenali mereka... oh ya, salah seorang rakan serama iaitu kamarul ( fb brutal bro) telah terlibat dalam kemalangan pada hari sabtu malam ahad kelmaren. pohon semua rakan2 mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat dirinya.
      sewaktu di bon, dah 2 kali saya terpaksa melupakan untuk mendaftar anak A kerana keadaan anak anak a tersebut yg kurang sihat. bagi yang muda pulak, berbilor lagi la jawapnya. ayam x perform.. hmmm, tak apala... janji bwk bon,.. petang ni nak hntar ayam tu kembali pada tuan dia.huhuhu...
         
         jumlah penyertaan pada kali ni agak banyak, 289 ekor kalo tak silap sy, oklah tu makin meriah. tanpa aktiviti lipat melipat. tahniah kepada penganjur kerana tidak membenar aktiviti lipat ini. satu usaha yang bagus. saya secara peribadi amat bersetuju dengan peraturan ini, barulah adil buat semua 'player'. berdasarkan pengalaman sendiri pada waktu dulu, pernah ayam saya iaitu awe sulong di tempat pertama, namun disaat akhir terpaksa jatuh ke tempat ke 2, kerana si kaki lipat ini melipat ayamnya sebanyak 4 kali dalam kategori yang sama. akhirnya dia mendapat johan kategori itu... hmmmm, bengang betul kepala dengan sikap si kaki lipat ni. Bolih kita lihat serta nilai, sepatutnya pengadil tersebut memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pemberian markah. takkan x cam ayam yang sama naik sampai 4 kali... hmmmm diharap x terjadi lagi seperti itu.. biarlah, benda tu pun dah lama berlalu, jadi yang saya harapkan sekarang, biarlah pengadil telus bagi meningkatkan kembali kemeriahan n meningkatkan penyertaan pertandingan serama.
        keputusan yang diperolehi dari grup kami pada kali ini adalah ala kadar sahaja, tapi oklah walaupon sekadar mendapat saguhati beberapa kategori. Alhamdulillah.
      oklah, dah panjang lebar saya mencoret, lenguh tangan nak menaip. begitulah sahaja coretan saya, bagi teman - teman FB saya, segala status di FB dan masalah yang timbul disebabkan oleh kekhilafan saya, saya mohon maaf banyak2.. sekian,... Insyaallah, bon MAHA  24 nov nanti 2012 group akan turun lagi bagi memberi sokongan  kepada rakan2 di KL... Insya Allah... jumpa di sana...... Assalamualaikum......

P/S : ayam untuk game, saya sendiri pon dah tak ada.. tinggal 2-3 ekor jer... banyak yang dah terjual... jadi, kurang ada ayam yang sedap memandang, tinggal anak2 kecik n pembaka belunjur je kat umah ni... huhuhu
      

Tuesday, November 6, 2012

Anok Tino


assalam,antara koleksi yang telah berpindah reban dan yang masih ada direban... yang kuning gambar sebelah telah lama merantau ke johor.


yang ini cucu pada mangkubumi, menetas 4 ekor, semuanya berpatern, 2 jantan 2 betina... rasanya nanti kesemuanya bercutting tinggi n tengkuk panjang macam bangau...
 
yang ini anak pada inderanata, dalam lebih kurg 10 ekor anak yang menetas dengan induk yang pelbagai, hanya keluar sekor je yang jantan... alhamdulillah, semua anak2 inderanata berwarna kuning.. gabungan berbagai induk bloodline awe panglima, hj iskandar, awe sulong, kubing serta inderanata bloodline reban wan sabri...

Thursday, November 1, 2012

Keturunan Bapak Ara........

 assalamualaikum, antara koleksi anak dri bapak ara yg saya beli dengan hj iskandar keramat pada tahun  lepas... byk jugak generasi yang telah terhasil dari bapak tersebut, dan yang menggembirakan saya, walaupun bapaknya berwarna ara, ada jugak anak2 yang berjaya dikuningkan seterusnya saya simpan buat penyambung keturunan yang berwarna kuning serta merah...
 Namaku, Mahsiko BatuApi.. sayang teramat, balungku putus digigit nyamuk waktu kecil... jadi pengganti bapakku je la kelak.....




 anak dari bapak ara + induk kubing.... waktu emaja mulai selam tenggelam... dah pon dijual pada minggu lepas pada rakan2 serama...

foto dari mengkb... Gaus nama Mengkb letak.... anak bapak ara di bawah jugak... anak 1st batch...  yang Mahsiko Batuapi adalah anak 2nd batch dari induk dan bapak yang sama... kiranya adik beradik tetapi berlainan generasi...



inilah bapak pembaka yg saya beli dari hj iskandar keramat... beberapa offer diterima untuk tukar milik bapak ni, tapi rasanya dia akan menetap di reban saya sehingga ke akhir hayatnya......

Wednesday, October 17, 2012

anak a oh anak a



Assalamualaikum, di dalam kesibukan tugas kerja serta serama2 yang tidak terurus, rezeki dari Allah masih lagi hadir... Alhamdulillah... anak tersebut adalah salah satu dari anak pertama induk yg pertama kali bertelor n mengeram.... anak ini adalah adalah hasil gabungan inline breed saya... hasil gabungan bapak merah wan sabri dengan anak betinanya lalu lahirlah anak a ini.... mula2 menetas 7 ekor, tp sayang 6 ekor mati waktu kecil.... biasala, anak pertama... apapun saya tetap bersyukur, kajian RND yg saya jalankan hampir 3 tahun dulu mula menampakkan hasil.. Alhamdulillah...

Saturday, October 13, 2012

anak2 serama koleksi oktober



Assalamualaikum, rezeki di bulan oktober... anak2 yang ada mula membesar, dah kurang sukar nak menjaganya. kalo waktu kecil, semua bekas yang berisakan air semuanya saya letakkan batu kecil dlm bekas air tersebut bagi mengelakkan anak2 yang teramat kecil jatuh n mati didalamnya..
untuk posting kali ini, saya cuma menampilkan anak2 serama dari pembaka muda yang ada dirumah ini,    Pembaka muda ni adalah gabungan dari anak awe panglima iaitu awe bongsu, anak binjai manis, awe inderanata bloodline wan sabri serta 2-3 ekor lagi... semua yang ada sekarang ni dah bercampur 2-3 bloodlines...
dalam kaedah breed yang saya sekarang, saya byk menyilangkan baka terlebih  dahulu dan kemudian membuat kaedah inbreed... terdapat beberapa kaedah lagi saya gunakan tetapi saya tak dapat jelaskan disini... apapun, kita seharusnya sabar dan usaha dalam proses breeding ayam serama... yang lainnya kita berserah pada ketetapan Yang Maha Esa.

anak inderanata yang pertama, sudah mula nampak bakat... alhamdulillah..


 anak pertama awe bongsu, cucu kepada awe panglima.... kuning cair.... dah remaja, tapi ekor masih anak b lagi. tak meluruh.....

cucu binjai manis si kubing....... keduanya sudah mulai menampakkan cutting walaupun terdapat perbezaan... warna rasanya akan jadi kubing......

Monday, October 1, 2012

Permata shikon


Assalamualaikum, Permata Shikon yg mula datang perangai... belum siap sepenuhnya kerna belum di latih sepenuhnya di bidong... insyaallah akan keluar bon nanti... mungkin ramai tertanya-tanya kemana hilangnya player2 baju oren aka 2012 group kan? huhuhu... sebenarnya group ni masih wujud, bukan x mahu ke bon, cuma keadaan serta masing2 mempunyai komitmen kerja yg sibuk telah membataskan sedikit waktu... tolib dengan ladang tembakaunya, Judin sibuk dengan penjagaan kuda sultan kelantan untuk endurance, saya pula asyik outstation ke kuala lumpur...
hmmmm,, video induk yg dipostkan tadi adalah untuk tatapan peminat serama dari johor... balung pada mulanya cantik, tp sekarang byk yg putus kerana digigit nyamuk... tak apala, ianya untuk dibuat baka jer kata beliau... kalo untuk bertanding mmg dah failed.. balung putus.....  diharap tuan barunya nanti akan berpuashati dengan induk ini....

serama bahar- anak dara alpha (SOLD TO JOHOR)

Tuesday, September 25, 2012

1 pertiga bapak pembaka yg ada

Ara dr hj iskandar, alpha beta, awe panglima, merah wan sabri.


Sunday, September 23, 2012

Beta Gamma anak Alpha beta


Assalamualaikum,,,, dah 2 minggu lebih saya tidak membuat apa2 posting... bukan ape, keadaan tugasan tempat kerja semasa yang agak sibuk, serta selalu outstation menyebabkan ayam2 di rumah tidak sempat dijaga dengan baik. makanan pon terpaksa diberi terkadang 2 hari sekali... kalo untuk dimandi, lagila tidak sempat...
sedang dok bagi maka ayam2 yang ada, saya bawak keluar muda diatas... hmmmm, dah ada pesen sikit nampaknya.... ayam ni masa kecik tubuhnya x tinggi mana, sedang-sedang jer... alhamdulillah, bila mulai meningkat remaja, dah mulai tinggi saya tengok.... muda ni saya ingat nak simpan buat baka jer, kaler kuning diraja. susunan balong agak ok, cuma yang pastinya ayam ni takkan join mana-mana bon sbb dah direserved awal buat bapak...
Oh ya, sekarang ni saya dalam usaha untuk mengurangkan stok ayam betina direban. dalam byk2 tu dah ada yg dah nak bertelor.... stok induk muda sekarang ada dalam 22 ekor, tapi saya nak jual hanya 10 ekor. ayam tak selam, cuma cutting yg bagus untuk dibuat baka... anak betina alpha  yg kuning ade sekor yang saya nak jual.... rega buka 400.. tp ayam tak selam sgt... rasanya kalo untuk pembaka mmg ok.... disamping itu, ade jugak induk muda anak bapak ara yg saya beli dari hj iskandar dulu untuk dilepaskan... rega buka 450 seekor... kalo ambik 3 ekor saya bagi 950... kalo nk tahu ngn lebih lanjut, boleh call saya terus, bukan ape, kalo sms takut saya x terjawap.. ok, ni la dulu yg sempat saya coret,,, apa2 nanti saya masukkan gambar ayam2 yg saya nak letgo kelak... Assalamualaikum.....

Friday, September 7, 2012

Naga Gaban 2012 group


Assalamualaikum, bakal di bawak ke bon kb 8/9/12... ayam belum siap sepenuhnya lagi... tapi bawak je la dari takde langsung, sambil2 jumpa geng serama berhari raya...hehehe