Saturday, July 14, 2012

semutar hitam dari koleksi sri bidong ( SOLD OUT)

Assalamualaikum, jarang2 saya post dalam blog saya sekarang ni... Maaf, kerana saya teramat sibuk dengan hal2 rumah saya yang masih dalam pembinaan yg hampir 90% siap. Lagipun pada waktu yg sama, saya telah dapat bertukar tempat kerja dulu di kuala berang, sekarang dah dapat bertugas di kuala terengganu kembali.
Dalam kesibukan menjalani rutin kehidupan seharian, tadinya saya sempat berkunjung kerumah Tolib Sri Bidong. Dah lama tak jenguk2 rebannya, dalam borak2 dia ada mengeluarkan peluru2 untuk pertandingan..... dari percakapannya, dia mungkin nak letgo beberapa ekor ayam untuk bon dalam simpanan, kerana dia pon sibuk menguruskan ladangnya. salah seekornya adalah seperti gambar yang dipaparkan. Berasal dari satu reban dengan Inderanata, Naga sri bidong.... ayam masih muda, sayap lempar, aktif cuma dia x pernah bawak ayam ni ke bon  sbb sibuk.... tengok live lagi cun gayanya... bagi sesiapa yang rasa nak merisik, bolih la telefon saya untuk rundingan harga. banyak lg gambar ayam yg lain untuk dilepaskan mungkin di lain kali saya masukkan yer...

Sunday, July 8, 2012

Hebahan awal pertandingan

Assalamualaikum, insyaAllah dalam bulan september nanti 2012 group akan mengadakan sekali lagi bon kecil di padang nenas, kuala terengganu. yuran pendaftaran sekitar RM25 seekor. juara RM100, N.Juara 80, ketiga 60. saguhati rm30. hadiah cabutan bertuah & bonanza masih dalam perbincangan. walaubagaimanapun, tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian. majulah serama untuk semua. terima kasih.
saja2 letak salah sekor pembaka dirumah... merah pipi namanya..huhuhu