Monday, August 30, 2010

anok tino baka besi buruk ( sold - 3 Okt 10)





salam,.. ni la post antara anak tino yg masih ade kat rumah... anak2 yg kat rumah ni banyak dah xde.. banyak yang dah pindah reban... tinggal yang berlunjur ngn tengkok panjang je... huhuhu... xpela, simpan je la yg x cantik untuk buat baka... nak beli ayam2 lain rasenya dah malas... cukuplah dengan 4 ekor jantan pembaka utama dirumah ni... skang ni anak2 yg baru menetas pon adalah dari 4 pembaka tersebut....ade la dalam 4-5 ekor.. harap2 ade la yang boleh jd penyedap mata memandang nanti... nak crite panjang2 bab baka pon sy x brape reti sangat... so memang nak kna berjumpe ngn banyak otai untuk mengetahui lebih banyak tentang salasilah keturunan.. ni pon masih lg dalam belajar2 bab2 baka ni....

Sunday, August 22, 2010

lagi induk dara (Sold)...




salam ramadhan,,, ingat x lagi dengan awe petala yang telah dipostkan sebelum ini??? mase kecik ingatkan jantan tp rupanya betina... jadi saya tukar namenya menjadi cendana petala... masih dalam simpanan lagi... dah ramai yang mintak tp saya bercadang nak buat baka... keturunan besi buruk tp dah bercampur dengan bapak, so keluarlah dia,... besi buruk kaki kuning... hmmm.. ntahlah, x brape reti nak belajar genetik ni... bapak kaki hijau n mak kaki hijau tiba-tiba kluar plak die kaki kuning..,. hehehe... mempunyai tengkuk yang panjang, badan pon boleh tahan panjang untuk dibuat induk reban...

Monday, August 16, 2010

lagi induk





salam ramadhan,,,,, induk di atas adalah induk baru di dalam reban... saya ambil induk ni sewaktu masih menjaga anak...induk yang memang kecik, berdarah husin yang dah bercampur... leher yang panjang apabila tarik memang sedap mate memandang... berbalung kecik dan batang mancis tersisir... hehehe... maaf, gambar gelap sebab ambik gambar ayam sewaktu sedang tidur...insyaallah, lagi seminggu akan dimasukkan dengan AS... bulan posa ni adalah bulan untuk memperturunkan baka as secara full time tp masih menggunakan kaedah 'creet'..

Tuesday, August 10, 2010







salam,,,, berikut adalah paparan gambar2 anak AS yang di ambil dalam 2-3 minggu yang lepas... sekarang ianya sudah mula memenuh dan baru nak menunjukkan perangainya... keturunan yang agak lambat datang perangai, xpe la... lambat pun lambatla, janji chasis x lari... baru best sikit buat main... yang ini saya simpan untuk saya buat baka... ia berkaki kuning manakala adiknya yang betina berkaki hijau.. semalam baru menetas anak2 yang lain dengan kakak kandungnya... bertelor 8 biji tetapi menetas hanya 2 ekor ... seekor lagi mungkin menetas hari ini...

hmmmm..... bagi bon baru-baru ini, AS telah memasuki kategori ABS, ingatkan mula-mula nak main kategori Ayam serama A, namun lawinya tidak cukup panjang... jadi dia masuk kategori ABS... alhamdullilah, walaupun dia mendapat no 6 ABS, tp saya amat berpuas hati dengan prestasinya kerana dia masih mengekalkan perangai lawan meja di atas meja... mungkin pada masa itu, aksesorinya masih kurang, jd markah yang diberikan agak kurang... xpe la, dah rezeki dia dapat saguhati..syukur alhamdulillah... kini, sempena bulan puasa... dia akan diberikan induk2 untuk tujuan penghasilan zuriat.. bolehla dia berehat dengan induk2 di dalam sebulan stgh ni... hehehehe...

oh ya, disini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak, bersama-sama la kita memperbanyakkan ibadat dengan khusyuk dan tawadduk kepadaNya.. Semoga diberkati amalan kita... insyaallah...

Wednesday, August 4, 2010

Pasangan terbaru AS





ini adalah induk terbaru untuk dipasangkan dengan AS... induk ini bukanlah ayam saya tp milik cg loh marang... kehadirannya direban hanyalah untuk tujuan pembiakan serta saya pinjam untuk seberapa ketika... berdarah limbat dan gegar di kepalanya... harap-harap anak2 yang keluar nanti mengikut ciri2 induk atau bapanya kelak.. insyaallah...

Sunday, August 1, 2010

kakak kandung awe sulong





Salam, imej-imej diatas adalah sebahagian daripada gambar kakak kandung AS... sekarang sudah mula mengeram... agak-agaknya lagi dalam 10 ogos akan menetas lagi anak2 AS bersama kakak kandungnya sendiri... induk yang tidaklah tarik, namun penghasilan anak yang kedua dulu tidaklah mengecewakan kerana menghasilkan anak2 yang sedap mata memandang...

oh ya, berkenaan dengan pertandingan di pasir mas semalam, saya mohon maaf kerana tidak ada gambar suasana di pertandingan tersebut kerana ketiadaan kamera.... kehadiran lebih kurang 400 lebih... dibuat di satu tempat yang agak tersorok, walaupun pada mulanya agak tersesat kerana mencari tempat pertandingan dijalankan...
walaupun agak tersorok tp saya rasakan ianya satu tempat yang agak istimewa kerana disitu adalah satu tempat penternakan ikan keli yang agak luas persekitarannya dengan suasana & rekabentuk yang menarik... kalau tak silap saya, dikawasan tersebut terdapat kolam renang untuk pengunjung serta ditempatkan akuarium yang mempamerkan spesis2 hidupan air masin & air tawar... dah macam mini Aquaria pulak..

Bagi trip hari ni, saya bersama-sama Abang rashid marang, Cg Loh Marang & Poksu Aziz Bunut... untuk bon kali ini, AS saya calonkan dibawah kategori serama tanpa lawi.. ini adalah kali ketiga ia memasuki kategori ini... masih dalam top 3, iaitu mendapat naib johan ABS... alhamdulillah.. persaingan dari serama ABS memang banyak jd selepas ini AS saya akan masukkan dalam kategori ayam serama A pulak... insyaalllah... Pada hari ini juara ABS adalah milik seorang breeder di terengganu.. sebelum ini ayam tersebut mendapat naib johan ABS di kuantan,... bagi BOTB pulak, Ayam serama B telah dinobatkan sebagai juara...apepun, terima kasih kepada penganjur AZZ marketing kerana penganjuran pertandingan ini... insyaallah, kalau tiada aral kita jumpe di bon kuala terengganu 07 Ogos nanti...