Sunday, August 1, 2010

kakak kandung awe sulong





Salam, imej-imej diatas adalah sebahagian daripada gambar kakak kandung AS... sekarang sudah mula mengeram... agak-agaknya lagi dalam 10 ogos akan menetas lagi anak2 AS bersama kakak kandungnya sendiri... induk yang tidaklah tarik, namun penghasilan anak yang kedua dulu tidaklah mengecewakan kerana menghasilkan anak2 yang sedap mata memandang...

oh ya, berkenaan dengan pertandingan di pasir mas semalam, saya mohon maaf kerana tidak ada gambar suasana di pertandingan tersebut kerana ketiadaan kamera.... kehadiran lebih kurang 400 lebih... dibuat di satu tempat yang agak tersorok, walaupun pada mulanya agak tersesat kerana mencari tempat pertandingan dijalankan...
walaupun agak tersorok tp saya rasakan ianya satu tempat yang agak istimewa kerana disitu adalah satu tempat penternakan ikan keli yang agak luas persekitarannya dengan suasana & rekabentuk yang menarik... kalau tak silap saya, dikawasan tersebut terdapat kolam renang untuk pengunjung serta ditempatkan akuarium yang mempamerkan spesis2 hidupan air masin & air tawar... dah macam mini Aquaria pulak..

Bagi trip hari ni, saya bersama-sama Abang rashid marang, Cg Loh Marang & Poksu Aziz Bunut... untuk bon kali ini, AS saya calonkan dibawah kategori serama tanpa lawi.. ini adalah kali ketiga ia memasuki kategori ini... masih dalam top 3, iaitu mendapat naib johan ABS... alhamdulillah.. persaingan dari serama ABS memang banyak jd selepas ini AS saya akan masukkan dalam kategori ayam serama A pulak... insyaalllah... Pada hari ini juara ABS adalah milik seorang breeder di terengganu.. sebelum ini ayam tersebut mendapat naib johan ABS di kuantan,... bagi BOTB pulak, Ayam serama B telah dinobatkan sebagai juara...apepun, terima kasih kepada penganjur AZZ marketing kerana penganjuran pertandingan ini... insyaallah, kalau tiada aral kita jumpe di bon kuala terengganu 07 Ogos nanti...

No comments:

Post a Comment