Thursday, August 18, 2011

Koleksi serama sri bidong-2


(Johan Muda dan BOTB game Dungun 17 September 2011)

Johan Serama B bon Dungun


assalam.... semalam pegi lepak2 umah otai sri bidong... sambil2 borak, dia bawak keluar ayam yg masih dalam simpanan... hmmm,, puas hati saya lihat peluru2 yg ade di rebannya... yang berwarna kuning tu pernah mendapat no 4 muda di bon kenyir... perangai n gaya memg puas hati, tp di kenyir, ia byk kalah di aksesori... nak buat mcm mana, takde rezeki dok didepan... adik beradik betina yang warna kuning saya dah ambik sekor untuk buat baka nanti... adiknya si muda kuning juga telah pun berada dirumah saya... perangai n potongan bentuk badan pun lebih kurang sama.. insyaallah ia akan jadi salah seekor pembaka utama direban saya nanti...
berkenaan dengan yg remaja tok uban, ia pernah memenangi johan anak b, di setiu baru2.. cuma sewaktu di kenyir, ekornya tak siap, jd cuma lekat saguhati remaja...

Thursday, August 11, 2011

bapak pembaka utama ketiga


salam ramadhan... takde apa nak post,,, saje letak bapak pembaka ketiga... bapak muda asal reban napi padang nenas... kaler kuning bersih, bapak ni bakal jadi teras untuk ayam2 yang berwarna kuning di reban ni nanti... Walaupun begitu, dirumah saya masih mempunyai bapak pembaka pinang masak sebanyak beberapa ekor dalam melahirkan generasi yg kuning... nanti direban ni, insyaallah akan terdapat berbagai warna ayam yg akan menghiasi reban saya kelak...

Monday, August 8, 2011

kunjungan peminat serama dari eropah.....




assalam, semalam saya dikunjungi oleh peminat serama nun jauh disebelah benua lain iaitu eropah... selepas beberapa bulan berchatting dalam fb, akhirnya tanggal 6 ogos, beliau sampai ke Terengganu dengan bas dari kota bharu.....
pagi 7 haribulan, saya bersama hazlan sempat membawa ke beberapa reban iaitu rumah napi padang nenas, aseng kocok bt rakit serta adiknya mere...
saya tidak sempat membawanya ke lain-lain reban lagi kerana beliau bertolak dr terengganu ke kuala lumpur disebelah petangnya...

Friday, August 5, 2011

Anak SangNago


Anak kepada Sangnago + induk limbat cikgu loh bacth pertama... bapak ara mak kuning, tup2 keluar 3 beradik yang semuanya kaler kuning... dah mula memasuki anak b ke anak c... tengkuk panjang, kecik2 lagi dah bergetar... sama cam getaran bapak serta getaran ibunya....

Thursday, August 4, 2011

cendana andani



assalam, salah seekor induk dalam simpanan.. masa kecik dialah antara yang belunjur... saya simpan sbb tengkuknya yang panjang serta tubuh yg panjang juga.. baru lepas jaga anak, tp sayang, kesemua 2 ekor anaknya telah mati... biasala ibu muda dan pertama kali mengeram.. insyaallah,kita tengok anak2nya nanti bersama awe mangkubumi...