Tuesday, December 27, 2016

Dalam Kenangan.... AyohGie.....

 Gambar tahun 2014
 Gambar tahun 2015


Assalamualaikum.... dah betul2 lama blog ini bersawang tidak dikemaskini.,... dengan tugasan kerja hakiki ditempat baru yang lebih mencabar serta ingin fokus pada perniagaan kecil-kecilan, terpaksa saya membataskan aktiviti dalam serama.... beberapa hari yg lalu, pembaka kesayangan saya iaitu Ayohgie telah pon pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya....

Melalui bapak ini pada tahun 2013 dan 2014, lahirnya beberapa pelapis melalui anak serta cucunya  yang pernah mendapat johan serta BOTB dalam beberapa siri pertandingan.... Bapak yang mengeluarkan anak jantan yang bernama GH (Golden Horses) milik Ewan ST, Ayam pembaka yang bernama TRW milik Jie Kenerak di Tanah Merah melalui cucu yang pernah johan iaitu King Fighter,.....Pembaka Redline, induk yang bernama Ariani di Melaka pemiliknya Cg Razak Serama Seri Kayan, ayam pembaka yang bernama Megabass pemiliknya abg Ramzu Ambo anok Kelate dan banyak ekor lg anak2 yang jantan serta betina yang telah berhijrah dimerata tempat...

Bapak ini pada mulanya hendak dijual kepada seorang rakan dengan harga RM650 sepasang, namun mungkin kerana fizikalnya yang tidak selam pada waktu mudanya menyebabkan rakan saya tidak berkenan memilikinya.... walaubagaimanapun, mungkin bapak ini masih lagi menjadi rezeki saya,ia telah membuatkan saya semakin bersemangat dalam RnD saya dengan kehadiran anak-anaknya.....  kebanyakan patern anak2 dari ayohGie adalah jenis yang lambat... ada yg bila remaja orang kata baru 'mari', ada yang bila muda baru menampakkan cutting, ada sesetengahnya bila dah masuk kategori baru turun tengkuk.....

oklah, saya paparkan anak2 serta cucu cicit yang pernah ada.... Akhir kata, Selamat Tinggal AyohGie.... Memories Remain.... Terima Kasih kerana setia berbakti di reban ini hingga ke akhir hayatmu.....

 Golden Kompas

 Golden Horses milik Ewan St

 anak Tino xde nama

Sunday, July 17, 2016

sekadar apa yang ada.......


Assalamualaikum... sekadar apa yang ada di reban... mahu berehat sebentar dalam arena serama.... Induk2 kandang bakal dihantar kereban kawan2 di kg Kota, Kelantan dan juga di Marang, Terengganu... Mungkin bila nak breed balik, baru kita pergi minta beli semula..... tinggal 5-6 ekor je kot bapak n induk untuk buat hiburan di waktu petang.... Inshaa Allah bila dah ok dan perniagaan yang baru sy nak ceburi dah stabil, bolehla kembali semula ke arena serama..... Doakan saya ye....

Sunday, January 24, 2016

Kembali breeding 2016 - 4 ekor bapak pembaka

 
Shaman king


Ayoh Gie

 
Topeng Lanun

Meroh baretta