Saturday, December 31, 2011

koleksi sri bidong 8

assalamualaikum, rasanya masih belum terlewat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada rakan2 serama diseantero dunia.. huhuhuhu... dengan kedatangan tahun ini, maka dengan rasmi group 2012 ditubuhkan. ohya, perancangan asal untuk penganjuran bon pada bulan januari terpaksa ditunda, berkemungkinan akan diadakan selepas bon besar bulan Februari di Kota Bharu. sebab utama bon ini terpaksa ditunda adalah kerana dewan pertandingan adalah 'fully booked' pada bulan januari. hmmm, berkenaan dengan pertandingan ini, salah satu syarat utama adalah, setiap penyertaan atau ayam hanya boleh didaftarkan sekali sahaja iaitu dengan kata lainnya acara lipat melipat ayam adalah tidak dibenarkan. oklah, malas nak berceloteh dengan panjang , kita lihat antara koleksi otai sri bidong yang ada.





dah dapat kejuaraan bon kecil di penampilan pertama... balong macam sikat.








yang 2-2ekor diatas adalah sekapal juga, insyaallah bakal menyinar juga.

Sunday, December 25, 2011

Anak B ke remaja




masih anak2 lagi, bercutting agak tinggi, balung bolih tahan... simpanan untuk saya buat main semula tahun 2012 nanti... Insyaallah...

Sunday, December 4, 2011

Projek Tahun 2012 Dari Koleksi Serama Keramat





Assalam, pejantan serta induk gambar2 berikut adalah dari reban serama keramat, kesemua sekali adalah dari induk serta jantan pembaka yang terpilih.... harap2 tahun 2012 anak2 serama yang dikeluarkan banyak yang berkualiti.... ohya, bercakap tentang tahun 2012, saya serta rakan-rakan serama, hazlan, tolib sri bidong serta beberapa orang teman serama yang lain bercadang menubuhkan satu grup serama dikenali dengan 2012 Group.... ia adalah berlainan dengan kelab serama yang ada kerana sesiapa pun pon bolih menyertainya, tak kira di negeri mana anda berada.... untuk permulaan, 2012 group akan mengadakan satu pertandingan serama bon kecil, mungkin pada bulan januari... tarikh serta tempat masih dalam perbincangan... ianya akan diadakan secara bulanan, dan dibuat tanpa bertembung dengan pertandingan serama yang lain.... insyaallah,....

Saturday, November 26, 2011

pemandangan reban baru di waktu malam


assalam, inilah permandangan reban baru saya.... ruang apartment ayam pun sudah mencecah 100 bilik.... insyaallah penambahan 24 bilik akan dilakukan... kepada teman2 serama dari kedah, saya minta maaf kerana tidak sempat melayan dengan seadanya.... mungkin dilain waktu, insyaallah kita akan berjumpa lagi.....

Thursday, November 17, 2011

Pembaka dr koleksi sri bidong....

Assalam, dah mmg lama tak update... saya masih bela serama, namun sekarang sy sedang dalam proses pemindahan lokasi reban serta saya telah pun berpindah ke kediaman yang baru... rumah baru tersebut masih di sekitar kampung mertua, cuma kedudukannya adalah betul2 di tepi jalan besar berhampiran dengan MRSM kuala terengganu serta Institut perguruan dato razali...
bercerita tentang serama, sebenarnya ayam2 saya banyak yg telah terbang ke negara seberang,.... mmg stok anak2 ayam yg termat kecil jer yg masih tinggal... ayam2 sekarang ni byk dr drh naga sri bidong yg saya telah jual dulu... jadi yg kuning serta ara mmg saya simpan dulu.. bila anak c nmpak paten saya baru jual... di bawah ini adalah pembaka terbaru direban, ianya adalah adik beradik satu bapak berlainan ibu dengan naga sri bidong...


yang betina ini adalah dari baka tok uban besi buruk.... dah pun disunting oleh teman serama dr jauh...

Thursday, October 27, 2011

Friday, October 14, 2011

koleksi Raja Kibas Sri Bidong(SOLD)




Pernah mendapat johan serama b, di dungun serta mendapat naib johan serama b bon di tebengau, kedah....

koleksi suling sri bidong(SOLD)



Pernah mendapat BOTB di Dungun, johan tanpa lawi di bon mingguan taman orkid.. jumaat lalu...

Koleksi Naga Sri bidong ( SOLD)


koleksi satu

Thursday, October 13, 2011

Wednesday, September 28, 2011

perghhh... mendebarkan......





assalam,,, memang mendebarkann hati sesiapa yang melihatnya.... lebih kurang jantan selam ibu aka perahu siam dalam post saya yang terdahulu kan? ini adalah gambar terbaru jantan muda dalam koleksi serama sri bidong 3.... ayam ni masih muda, dengan gaya yang selam serta lonjak dada... perghhhh... puas hati.... sesape yg berkenan, bolehla call saya untuk merisik harganya kerna ayam ni mmg untuk dijual....

Wednesday, September 14, 2011

Proses Meng 'Kuning'kan bermula.........3




dulunya pernah ade yang merisik, tp saya masih berat hati nak dilepaskan... belum diberi nama, bercutting tinggi, kaki kuning kehijauan, balong halus batang mancis, sudah mula mengebas dan baru datang perangai...anak kepada induk yg belunjur dan besar... walaupun induknya tidak berapa menawan, namun penghasilannya setakat ini agak memuaskan.... 2 ekor lagi adik beradiknya betina berwarna kuning didalam pos terdahulu... ia juga adalah adik beradik awe donde yg batch kedua.... awe donde adalah batch pertama... oh ya, awe donde sekarang ini telahpun berada direban tolib sri bidong untuk tujuan proses penurunan baka yg berwarna kuning....

Tuesday, September 13, 2011

Proses meng 'KUNING' kan bermula......2


2 ekor ayam ni adalah adik beradik kuning dalam post koleksi serama sri bidong 2... nak dapatkan ayam ni bukan main susah... kena pujuk rayu berkali2 br dapat.... sekarang saya simpan untuk upgrade projek kuning 2012....

anak betina kuning hasil awe sangnago + induk limbat cg loh marang.. tinggal 2 ekor kerna yg jantan telah pergi untuk selama-lamanya....

salah seekor induk kuning pemberian napi perahu siam... sedang mengeram 7 biji telur bersama awe mangkubumi... tak tahu menetas ke tidak kerna ini eraman yg pertama...

Proses Meng 'KUNING' kan Bermula......1


assalam,,,,
salah sekor cucu awe sulong yang masih terdapat direban... warna kekuningan berkelaroh... projek 2012....

anak ibu rejek yg belunjur, tetapi hasil anak2nya cukup memuaskan hati saya... dah pun disunting....

anak sedara awe sulong.... nampak dah ade pesen.... tp rasanya saya tidak berkeinginan untuk jual lg... nak simpan sekor untuk baka....

Thursday, August 18, 2011

Koleksi serama sri bidong-2


(Johan Muda dan BOTB game Dungun 17 September 2011)

Johan Serama B bon Dungun


assalam.... semalam pegi lepak2 umah otai sri bidong... sambil2 borak, dia bawak keluar ayam yg masih dalam simpanan... hmmm,, puas hati saya lihat peluru2 yg ade di rebannya... yang berwarna kuning tu pernah mendapat no 4 muda di bon kenyir... perangai n gaya memg puas hati, tp di kenyir, ia byk kalah di aksesori... nak buat mcm mana, takde rezeki dok didepan... adik beradik betina yang warna kuning saya dah ambik sekor untuk buat baka nanti... adiknya si muda kuning juga telah pun berada dirumah saya... perangai n potongan bentuk badan pun lebih kurang sama.. insyaallah ia akan jadi salah seekor pembaka utama direban saya nanti...
berkenaan dengan yg remaja tok uban, ia pernah memenangi johan anak b, di setiu baru2.. cuma sewaktu di kenyir, ekornya tak siap, jd cuma lekat saguhati remaja...

Thursday, August 11, 2011

bapak pembaka utama ketiga


salam ramadhan... takde apa nak post,,, saje letak bapak pembaka ketiga... bapak muda asal reban napi padang nenas... kaler kuning bersih, bapak ni bakal jadi teras untuk ayam2 yang berwarna kuning di reban ni nanti... Walaupun begitu, dirumah saya masih mempunyai bapak pembaka pinang masak sebanyak beberapa ekor dalam melahirkan generasi yg kuning... nanti direban ni, insyaallah akan terdapat berbagai warna ayam yg akan menghiasi reban saya kelak...

Monday, August 8, 2011

kunjungan peminat serama dari eropah.....




assalam, semalam saya dikunjungi oleh peminat serama nun jauh disebelah benua lain iaitu eropah... selepas beberapa bulan berchatting dalam fb, akhirnya tanggal 6 ogos, beliau sampai ke Terengganu dengan bas dari kota bharu.....
pagi 7 haribulan, saya bersama hazlan sempat membawa ke beberapa reban iaitu rumah napi padang nenas, aseng kocok bt rakit serta adiknya mere...
saya tidak sempat membawanya ke lain-lain reban lagi kerana beliau bertolak dr terengganu ke kuala lumpur disebelah petangnya...

Friday, August 5, 2011

Anak SangNago


Anak kepada Sangnago + induk limbat cikgu loh bacth pertama... bapak ara mak kuning, tup2 keluar 3 beradik yang semuanya kaler kuning... dah mula memasuki anak b ke anak c... tengkuk panjang, kecik2 lagi dah bergetar... sama cam getaran bapak serta getaran ibunya....

Thursday, August 4, 2011

cendana andani



assalam, salah seekor induk dalam simpanan.. masa kecik dialah antara yang belunjur... saya simpan sbb tengkuknya yang panjang serta tubuh yg panjang juga.. baru lepas jaga anak, tp sayang, kesemua 2 ekor anaknya telah mati... biasala ibu muda dan pertama kali mengeram.. insyaallah,kita tengok anak2nya nanti bersama awe mangkubumi...

Tuesday, July 26, 2011

anak2 serama yang ade....







Assalam, post anak terbaru.... batch anak-anak terdahulu telah habis dijual... sekarang batch terbaru hampir 70 ekor... untuk batch terbaru ni, saya tidak berniat untuk menjualnya lagi, mungkin bulan januari nanti saya akan siarkan ayam yang akan dijual... ini kerana pada waktu ini, saya sedang membuat penstrukturan baka,... bloodline yang utama sekarang ni, bloodline Awe Sulong, bloodline ayam wan sabri, bloodline presiden serama terengganu, bloodline napi padang nenas, bloodline kubing abang azid pulau kerengga,bloodline dungun... serta 2-3 bloodline lagi.... hmmmm, banyak-banyak campur baka, jadi pening saya nak adun...
apa-apa pun, memang impian tahun depan adalah, saya ingin ke bon dengan produk hasil reban saya sendiri.... warna tahun depan, ara, kuning, rinting, kubing.... harapnya saya berjaya.... InsyaAllah.....