Wednesday, February 29, 2012

Meroh Pipi n The Golden Army



assalamualaikum n salam sejahtera.... keduanya untuk simpanan bon... (not for sale), sama seperti Binjai Manis juga....hanya dibuat pembaka sahaja... kerana dah jadi pembaka reban, so saya tak jual...
anak2 b sekarang ni mula membesar dan banyak ekor, tapi saya mohon maaf banyak2 kerana buat masa ini anak A dan anak B serta ank2 betina saya tak jual... minta maaaaf sekali lagi....

Friday, February 24, 2012

mat Ghadar N Binjai Manis

assalamualaikum, dah takde benda nak tulis pagi ni, sambil2 menantikan masuk waktu subuh... saya nak menulis dalam ni tak berapa reti sangat, maklumla takde bakat penulisan. tapi takpe, asalkan untuk kesenian serama, saya belasah je tulis... huhuhuhu... ohya, gambar-gambar dibawah adalah salah satu foto terkini Mat ghadar dari tuan barunya... makin lama makin pelik pulak saya tengok... takpela, ayam makin cantik, tahniah pada tuan barunya...


Yang kubing ni saya namakan Binjai manis, kalernya kubing macam buah binjai N lagi satu sebab nama ni saya ambil sempena nama kg saya di kelantan, taman binjai manis, kelantan.. rasa-rasanya ayam ni saya hanya nak buat pembaka sahaja.. yang ikut game nanti ayam yang lain...

Mat ghadar yang makin selam, lempar sayap.... nasib baik tak patah pinggang.... dah jadi betul2 macam ayam cacat...huhuhuhu....

Sunday, February 19, 2012

Mat Ghadar BOTB bon k.trg.



Assalamualaikum dan salam sejahtera... dah lama rasanya saya tak kemana-mana bon serta menyertainya... yang terakhir saya join bon ialah pada bulan julai 2011 iaitu di bon kenyir... selebihnya terus kurangkan aktiviti untuk bertanding kerana tuntutan kerja yg memerlukan saya membgerikan komitmen yg tinggi serta tempat kerja yang jauh...
insyaallah, tahun ini saya cuba kembali semula bersama2 grup yang kami baru tubuhkan iaitu 2012 group. oh ya, bercakap mengenai bon, group kami berkesempatan ke pertandingan serama di kuala terengganu pada 18 02 2012.. dah lama tak join, rasa gementar pon ade...huhuhuhu... walaubagaimanapun, pencapaian bagi grup kami adalah memberansangkan dengan Mat ghadar memperolehi johan tanpa lawi seterusnya mendapat BOTB. mungkin anda bolih saksikan di video sewaktu pertandingan. selain daripada itu, grup kami memperolehi tempat 3 teratas dalam beberapa kategori iaitu Naib Johan serama A, naib johan kategori muda, naib johan anak A, johan anak b melalui awe bongsu.. alhamdulillah..
semoga tahun ini, grup kami dapat bersinar hendaknya... amiiiiinnnn...

Wednesday, February 8, 2012

Pembaka Di rebanku Tahun 2012

Assalamualaikum, gambar2 di bawah adalah sebahagian dari pembakaku... semuanya telah menghasilkan zuriat mereka untuk tahun ini... anak a+b+remaja sudah melebihi 100 ekor lebih.. yang remaja kebanyakan tinggal hanya betina... kerna betina saya tak jual... ada beberapa ekor lagi bapak pembaka yang saya tak masukkan didalam ni, diantaranya anak awe sulong yang slim tinggi berdada serta beberapa ekor yang lain...



bloodline dari pokeik/lie daging yang saya ambil dari hj iskandar... telah mempunyai anak2 a lebih kurang 30 ekor darinya... ada yg kuning ada yg ara....

bapak pembaka dari hj Iskandar keramat. nama diberi beliau adalah alpha beta....

Anak kepada pembaka ara diatas. Gabungan ara pok eik serta induknya dari tok keramat hj iskandar.

adik beradik satu bapak berlainan ibu dengan naga sri bidong serta jala emas 2012...

awe panglimoku, adik beradik berlainan bapak dengan nagaboro 2012.....


adik beradik satu bapak berlainan ibu dengan raja kibas sri bidong.

Monday, February 6, 2012

Nagoboro 2012 group




assalamualaikum.... gambar remaja yang kian membesar... adik beradik satu ibu dengan awe panglimo... warnanya kuning bersih, bersama-sama juga saudaranya yang berjumlah 4 ekor... 3 jantan berwarna kuning, dan adiknya yang betina adalah berwarna cream... gabungan 2 baka yang terpilih iaitu dari bloodline kubing pulau kerengga serta ibunya dari bloodline Carbon 13.... huhuhu... remaja ini tak pernah di bawa ke bon lagi, mungkin bon2 akan datang dia akan menyertai apabila ia siap sepenuhnya... insyaallah....