Tuesday, August 10, 2010







salam,,,, berikut adalah paparan gambar2 anak AS yang di ambil dalam 2-3 minggu yang lepas... sekarang ianya sudah mula memenuh dan baru nak menunjukkan perangainya... keturunan yang agak lambat datang perangai, xpe la... lambat pun lambatla, janji chasis x lari... baru best sikit buat main... yang ini saya simpan untuk saya buat baka... ia berkaki kuning manakala adiknya yang betina berkaki hijau.. semalam baru menetas anak2 yang lain dengan kakak kandungnya... bertelor 8 biji tetapi menetas hanya 2 ekor ... seekor lagi mungkin menetas hari ini...

hmmmm..... bagi bon baru-baru ini, AS telah memasuki kategori ABS, ingatkan mula-mula nak main kategori Ayam serama A, namun lawinya tidak cukup panjang... jadi dia masuk kategori ABS... alhamdullilah, walaupun dia mendapat no 6 ABS, tp saya amat berpuas hati dengan prestasinya kerana dia masih mengekalkan perangai lawan meja di atas meja... mungkin pada masa itu, aksesorinya masih kurang, jd markah yang diberikan agak kurang... xpe la, dah rezeki dia dapat saguhati..syukur alhamdulillah... kini, sempena bulan puasa... dia akan diberikan induk2 untuk tujuan penghasilan zuriat.. bolehla dia berehat dengan induk2 di dalam sebulan stgh ni... hehehehe...

oh ya, disini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak, bersama-sama la kita memperbanyakkan ibadat dengan khusyuk dan tawadduk kepadaNya.. Semoga diberkati amalan kita... insyaallah...

No comments:

Post a Comment