Wednesday, January 25, 2012

Jala Emas 2012 group



assalamualaikum..... gambar terbaru anak b ke remaja dulu... dah pun besar, dulu body agak bulat, tp bila remaja dah mula jadi langsing dan tinggi.... perubahan bentuk badan memang selalu terjadi dengan baka ni... asal baka ni???? baka ayam yg pernah dijual dengan harga diatas 10k untuk seekor.... kalo yg biasa ngn saya, mesti tahu ayam ni baka mana....huhuhu....
hmmmmm,,,, untuk pertandingan 4 februari ni, saya tak dapat hadir, kerana hari tu kebetulan sama dengan tarikh kenduri pernikahan adik ipar saya... mungkin ayam je yang pergi bon kot....
Pasal bon yg kami nak anjur, terpaksa lagi sekali ditunda... nak buat macamana, ada beberapa masalah tak sempat nak elak....

ini plak gambar baju grup kami, sekarang terpaksa hantar kembali baju ke kedai tempahan kerana logo baju tidak menepati kehendak kami untuk diubah lain....

Tuesday, January 17, 2012

Saturday, December 31, 2011

koleksi sri bidong 8

assalamualaikum, rasanya masih belum terlewat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada rakan2 serama diseantero dunia.. huhuhuhu... dengan kedatangan tahun ini, maka dengan rasmi group 2012 ditubuhkan. ohya, perancangan asal untuk penganjuran bon pada bulan januari terpaksa ditunda, berkemungkinan akan diadakan selepas bon besar bulan Februari di Kota Bharu. sebab utama bon ini terpaksa ditunda adalah kerana dewan pertandingan adalah 'fully booked' pada bulan januari. hmmm, berkenaan dengan pertandingan ini, salah satu syarat utama adalah, setiap penyertaan atau ayam hanya boleh didaftarkan sekali sahaja iaitu dengan kata lainnya acara lipat melipat ayam adalah tidak dibenarkan. oklah, malas nak berceloteh dengan panjang , kita lihat antara koleksi otai sri bidong yang ada.





dah dapat kejuaraan bon kecil di penampilan pertama... balong macam sikat.








yang 2-2ekor diatas adalah sekapal juga, insyaallah bakal menyinar juga.

Sunday, December 25, 2011

Anak B ke remaja




masih anak2 lagi, bercutting agak tinggi, balung bolih tahan... simpanan untuk saya buat main semula tahun 2012 nanti... Insyaallah...

Sunday, December 4, 2011

Projek Tahun 2012 Dari Koleksi Serama Keramat





Assalam, pejantan serta induk gambar2 berikut adalah dari reban serama keramat, kesemua sekali adalah dari induk serta jantan pembaka yang terpilih.... harap2 tahun 2012 anak2 serama yang dikeluarkan banyak yang berkualiti.... ohya, bercakap tentang tahun 2012, saya serta rakan-rakan serama, hazlan, tolib sri bidong serta beberapa orang teman serama yang lain bercadang menubuhkan satu grup serama dikenali dengan 2012 Group.... ia adalah berlainan dengan kelab serama yang ada kerana sesiapa pun pon bolih menyertainya, tak kira di negeri mana anda berada.... untuk permulaan, 2012 group akan mengadakan satu pertandingan serama bon kecil, mungkin pada bulan januari... tarikh serta tempat masih dalam perbincangan... ianya akan diadakan secara bulanan, dan dibuat tanpa bertembung dengan pertandingan serama yang lain.... insyaallah,....

Saturday, November 26, 2011

pemandangan reban baru di waktu malam


assalam, inilah permandangan reban baru saya.... ruang apartment ayam pun sudah mencecah 100 bilik.... insyaallah penambahan 24 bilik akan dilakukan... kepada teman2 serama dari kedah, saya minta maaf kerana tidak sempat melayan dengan seadanya.... mungkin dilain waktu, insyaallah kita akan berjumpa lagi.....