Monday, December 27, 2010

kunjungan geng serama

As salam,.. Semalam,reban saya dikunjungi oleh Dr Jaafar (LEASF) dan saudara Eric dari Shah Alam ditemani oleh abang Rashid Marang... kunjungan tersebut adalah kunjungan sesama rakan serama.. kebetulan Dr Jaafar pulang ke kampung sambil bercuti.. saudara Eric telah beberapa hari berada di Terengganu bagi menyelongkar reban-reban breeder yang terdapat disini.
sebelum sampai ke rumah saya, rombongan ini telah ke rumah Napi Padang Nenas untuk melihat jantan selam ibu yang heboh diperkatakan kini. Ayam tersebut masih didalam jagaan tuan empunyanya dan akan dijadikan pembaka sepenuh masa...
Sebelum pulang, saudara Eric telah membawa balik seekor anak jantan AS yang masih kecil untuk dibawa ke Shah alam.. Semoga anak tersebut akan mengikut jejak bapaknya suatu hari nanti... Insyaallah.
Maaf, gambar semasa kunjungan tidak diambil, maklumlah masing2 sibuk bercerita tentang serama....

p/s : Cara2 bagi menurunkan ekor akan disertakan tidak lama lagi, harap sabar menunggu..

No comments:

Post a Comment