Saturday, February 5, 2011

Kunjungan Rakan Serama dari Seberang







Assalam, semalam reban saya dikunjungi oleh rakan-rakan serama dari seberang. Sampai ke Terengganu dalam pukul 5 pagi dari Johor Bahru.. Perghh, memang perjalanan yang amat memenatkan... Mereka sampai dari Indonesia pada hari rabu lagi di Johor, namun kerana ketiadaan tiket bas sempena cuti Tahun Baru Cina menyebabkan mereka terkandas sehari di Johor...
walaupun demikian, atas kecekalan mereka yang amat kuat serta semangat yang jitu untuk melihat reban rakan-rakan serama disini, akhirnya mereka sampai jua ... Memang bersemangat betul mereka2 ini...
walaupun hari masih gelap lebih kurang pukul 7 pagi, mereka sudah tidak sabar lagi untuk menjenguk Awe Sulong dan anaknya, Awe tangkuban.. pada sebelah paginya, saya sempat membawa rakan-rakan serama disini iaitu, rumah abang Rashid Batu Rakit, rumah abang Tolib Sri Bidong dan rumah Napi Padang Nenas untuk melihat serama selam ibu @ perahu siam...
Petangnya, saya hanya sempat membawa mereka ke rumah abang rashid marang kerana kesuntukan masa.. kerana malamnya mereka terpaksa pulang semula ke johor bahru... memng lawatan yang amat singkat.. walaupun lawatan mereka hanyalah sehari, adalah diharapkan mereka berpuashati dengan lawatan ini.. sebelum berangkat pulang, mereka sempat lagi menerima buah tangan untuk dibawa pulang... Insyaallah, kalau panjang umur dimurahkan rezeki kita akan berjumpa lagi...

p/s: selamat berangkat Awe Tangkuban, AS pasti merinduimu....

No comments:

Post a Comment