Wednesday, March 28, 2012

Golden Army dah Remaja



assalamualaikum, 2-3 keping gambar golden army, perangai mula datang, ayam mula selam, tapi tak lock sangat lagi... susah gak kalo tak lock, mesti gaya pon kurang,,, kalo bab aksesori rasanya dah ok kot, ayam kuning, balong ok,.... campuran awe panglima + induk dr hj iskandar,,, huhuhuhu,,, terima kasih hj iskandar kerana sudi melepaskan induk baka yang bagus,,,...

Saturday, March 24, 2012

incubator auto



assalamualaikum & salam sejahtera.... asyik dengan gambar ayam jer, kali ni saya masukkan pulak gambar incubator yg saya baru pinjam dari member... dulu saya pernah guna yg biasa, tp saya tak larat nak jaga serta pusing tiap hari.. last2 saya jual je pada rakan saya....
sekarang ni kalo pakai yg ini agak mudah kerna semuanya automatik. letak air, saya setkan suhu antara 37.5 hingga 38.2.. kalo ade benih, insyaallah kadar tetasannya adalah tinggi....
ohya, berbalik pada bon yg kami anjur pada 17 mac yg lalu, penyertaan adalah amat menggalakkan,, walaupun bon yg dibuat adalah kecil namun sambutan yg di terima adalah menggaslakkan. Sekitar 130 penyertaan telah diterima..
oleh kerana penyertaan yg sebegitu memuaskan, group kami akan mengadakan siri bon ke dua yg bertempat di kota bharu pula pada bulan mei kalo takde aral yg melintang... penganjuran kali ini adalah atas inisiatif salah seorang rakan group 2012 di pasir pekan, kelantan....

Thursday, March 15, 2012

Pertandingan Kesenian & Kecantikan Serama anjuran 2012 Group


jom sama2 memeriahkan bon pertama anjuran group kami...... insyaallah, bon ini akan dibuat sebagai acara bulanan sekiranya tiada aral....