Friday, August 31, 2012

Alpha Betta vs Awe Sulong bloodlines (sold to kb)




Assalamualaikum, salam kemerdekaan... anak alpha bersama induk darah awe sulong... baru saya lihat potensinya pagi ni sewaktu di beri makan... ayam yg tak pernah dilatih serta dimandi.. masih dok beramai-ramai bersama adik beradiknya yang lain.. telah pun di reserved dari member 2012 group di kota bharu... huhuhu...  esok akan dihantar ke kota bharu kerana secara kebetulan saya pulang ke kampung di kelantan...

Sunday, August 26, 2012

koleksi dari rebanku ogos 2012



Assalamualaikum, Salam Lebaran... Alhamdulillah, semuanya masih dalam mood raya... tidak banyak perkara untuk dicoretkan, sekadar berkongsi foto2 anak2 serama yang ada serta sedikit nukilan dari saya... Setelah hampir 5 tahun dalam R&D pembiakan serama, syukur alhamdulillah, sekarang mula menampakkan hasil yang saya harapkan... walaupun untuk mendapat Johan di pertandingan masih agak jauh, tapi saya mulai seronok dengan kaedah yang saya gunakan sekarang..
Untuk makluman semua, saya membiak serama adalah sebagai hobi dan masuk bon, jadi agak sukar untuk saya melepaskan anak-anak ayam yang masih kecil. bukan kerana harganya waktu besar akan tinggi, tetapi saya amat menitik beratkan soal kualiti. Banyak rungutan atau komen yang di dengari berkenaan jual beli ayam serama masa waktu kecil, ada yg waktu kecik amatlah cantik, tapi bila besar ada yg jadi besar 'Bas'.... jadi untuk mengelakkan perkara berikut terjadi, baik saya stop jual yang kecik... takkan ada istilah 'tipu menipu' dalam penjualan serama.. Senang.... 'Awak happy, saya Happy'.... hmmm, terpanjang plak luahan hati, oklah, saya pon nak berenti disini dulu. nanti lain kali saya coretkan lagi.. Assalamualaikum.......

Anak B dulu yg pernah dipost sebelum ini. bapaknya dari Merah Wan Sabri induknya dari Kubing tolib 2012 Group. Gambar ni diambil di Kota Bharu kerana sekarang ayam ni dalam proses latihan untuk persiapan bon.



Anak kepada Alpha betta, umur kira-kira 4 bulan, tak tahula apa yang nak jadi tp semestinya dah jadi ayam... ayam kecik jer, pahanya panjang, kepalanya bergetar, leher macam bangau, balong halus... stok betina dara yang tarik adela dalam 14 ekor, jadi sesape nak merisik bolehla datang... seingat dulu nak simpan yang betina untuk baka, tapi bila ayam dah terlalu banyak tak sempat plak nak jaga... jadi kalo nak datang, teponla saya dulu ekkk.... penghantaran ngan bas saya tak buat.... huhuhuhu....
Adik kepada Anak b mulai selam post terdahulu, pon dah selam macam abang dia. Alhamdulillah. tetas 5 ekor, 3 jantan 2 betina semuanya bercutting selam. 2 ekor dah KO, sekor dah belayar ke seberang setelah dipujuk rayu... hmmmm, ini jer yang tinggal dengan abangnya.... adik beradik satu bapak dengan betina ni jer yang banyak... huhuhuhu... Standby untuk pelapis.....

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI



The Dark Knight





Cendana Puteri

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua peminat serama yang beragama Islam. saya ingin mohon maaf sekiranya terdapat kecacatan dalam bahasa serta lengkuk badan saya selama ini...

Permata Shikon

Wednesday, August 8, 2012

serama bahar - anak b mulai selam



assalamualaikum, minggu ni mmg saya teramat sibuk kerna saya telah berpindah di rumah yang baru. alhamdulillah, akhirnya saya dapat memiliki rumah sendiri. dah tak payah menyewa lagi... rumah sekarang didirikan disebelah rumah mertua saya, jadi adalah tanah untuk dirikan rumah serta reban...
oh ya, berbalik kepada ayam saya, anak b diatas baru je saya lihat potensinya sewaktu lawatan teman dari seberang serta MengKB 2-3 hari yang lalu.... ini adalah hasil breeding yang pertama keluar yang patern ini sewaktu anak b dari reban saya... insyaallah, ini adalah hasil dari crossbreed & inbreed dari baka2 yang ada. alhamdulillah sudah mula menampakkan potensi serta patern yg saya harapkan.... Insyaallah, ayam ini akan diberi callcium magnesium cadangan produk kesihatan dari Tuan HJ Iskandar pada satu ketika dulu, bagi menguatkan tulangnya, serta ada satu lagi produk kesihatan untuk menguatkan kakinya.... apapun, mmg saya amat bersyukur dengan rezeki dariNYA sewaktu bulan yang mulia ini.