Thursday, November 7, 2013

suko suko............

Assalamualaikum, sambil menunggu waktu isyak..... tiada info untuk dicoretkan... sekadar mengemaskini produk yg ada di reban.... dalam proses breeding yang dimulakan dlm  masa beberapa tahun dahulu, saya menggunapakai 4 bloodline utama iaitu BL wan sabri, hj iskandar, awe sulong dan awe panglimo... sekarang ni hampir kesemua anak2 yang ada direban ni adalah dari campuran 4 bloodline utama tersebut.....


                                                          ( gambar sekadar hiasan)

         Dalam proses breeding ni, ianya betul2 menguji kesabaran, kerana tempoh masa yg lama perlu diambil bagi mendapatkan kesesuaian dlm breeding serta hasil yg memuaskan... sesetengah breeder yg baru beranggapan dengan membeli bapak selam juara berkali2 dan induk selam johan di bon bakal memberikan jaminan bahawa anak2 dari kedua ibu bapa tersebut pasti selam.... mengikut penelitian saya, ( kaedah yang saya guna, lain org lain kaedahnya) gabungan antara keduanya tidak semestinya terjadi sedemikian, namun peratus untuk mendapatkan anak2 selam adalah agak tinggi.....

 
 

         Kebanyakan dari kita mungkin sudah tahu bahawa gen serama adalah berbeza dan agak sukar distabilkan genetiknya... tidak seperti gen merpati selam, induk n jantan selam, anak2 yang keluar ikut juga selam seperti induk n bapaknya.... oleh yg demikian, diharap para breeder yg agak baru, boleh menilai dulu n membuat kajian sendiri mengenai kaedah untuk breed.... terima kasih...... lain kali saya coretkan lg.. Assalamualaikum......

                                
 

 
 




No comments:

Post a Comment