As salam, ayam ini pernah di postkan sebelum ini iaitu Remaja Tok Uban.. skang ni dah diberikan nama... Perangai agak lambat bila muda baru 'mari'... Tp xdela selam sangat lagi.. ekornya terdahulu tikam kepala( kalo orang kelantan panggil - ekor bedil).. ianya baru diturunkan secara tradisional tanpa perlu diikat menggunakan benang... insyaallah kalo ade mase nanti, saya masukkan gambar serta cara menurunkan ekor ayam yang tikam kepala...
Thursday, December 16, 2010
Awe Sealam Tunggal
As salam, ayam ini pernah di postkan sebelum ini iaitu Remaja Tok Uban.. skang ni dah diberikan nama... Perangai agak lambat bila muda baru 'mari'... Tp xdela selam sangat lagi.. ekornya terdahulu tikam kepala( kalo orang kelantan panggil - ekor bedil).. ianya baru diturunkan secara tradisional tanpa perlu diikat menggunakan benang... insyaallah kalo ade mase nanti, saya masukkan gambar serta cara menurunkan ekor ayam yang tikam kepala...
Tuesday, December 14, 2010
gambar reban lagi
as salam, lagi gambar reban... dah x tahu nak uploasd aper.... ayam2 masih ade, tp induk2 yang belunjur jela... induk yang selam2 x banyak sangat... banyak main induk je skang ni... ayam pun xdela cantik sangat...kadang2 malu nak tunjuk kat member2 ayam belunjur kite... apepun, ayam serama tetap bela jugak walaupun penetasan ayam yang sangat rendah sekarang... xpela, janji boleh pelihara n dapat borak2 ngn member2 serama....
Tuesday, December 7, 2010
Awe Dasarata
as salam.... salam maal hijrah... antara pembaka yang baru menghuni di reban... ayam bukan warna kuning... kaler gelap... tertarik kerana perangai gilernya di meja, boleh tahan perangainya... saya ambik bapak ni sebab nak upgred baka2 di rumah... dah 3 kali bertukar geran, saya pemiliknya yang ke4... baka asal dari dungun...
Ayam2 di reban
Monday, December 6, 2010
Tranformasi si Awe Sulong
Rasenya mase ni AS baru berumur dalam lingkungan 3 bulan... belunjur habis... x nampak cutting x nampak ape2....
gambar ni bile mula tumbuh ekor muda yang pertama... AS mula tarik & datang perangai...
Salam, saje selitkan gambar awe sulong dulu-dulu... agak2 kalo zaman kecik AS macam tu, RM 50 pun rasenya x laku... huhuhu... skang ni alhamdulillah, AS sedang meluruh... bon 25 ni pun AS x join.... nak berehat sbb tunggu memenuh balik... rasenya kalo untuk main, bulan februari depan baru boleh dibawak ke bon...
Hmmmm,,, skang ni musim hujan melanda Terengganu & Kelantan... Cuaca yang sejuk serta penyakit yang tersebar menyebabkan banyak ayam2 saya yang dah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya... salah seekornya adalah Awe Liku... huhuhu... sedih... tp kita kena redho dengan takdir... xpela, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti... huhuhu... semalam pun saya dah bawak balik pembaka selam yang baru untuk jadi pengganti Awe Liku serta bagi projek 2011... nanti saya uploadkan gambarnya sehari dua nanti.
insyaallah.... reban2 yang ada pun telah berubah posisi serta lampu dipasang 24 jam bagi mengelakkan ayam sejuk...
Tuesday, November 30, 2010
Keindahan ciptaan Tuhan
Masyaallah.... sungguh selam ayam muda ni... bewarna kuning, selam menjunam memang boleh mencair hati sesiapa sahaja yang melihatnya... biasanya kalo yang selam menjunam biasanya kita lihat bagi yang induk2 sahaja.. tetapi yang ini memang laindari yang lain... Pernah ditawarkan dengan yang tinggi oleh peminat2 serama. Namun tuannya amat sayang kepadanya. Gambar ini sempat di snap pada petang semalam. Rumah breeder ini dengan rumah saya adalah lebih kurang 3 minit perjalanan sahaja... hehehe.. kira kampung sebelah je.. semalam pun berkunjung ke rumah breeder otai ini bersama2 abang rashid marang dan seorang lagi otai serama.
Ayam ini walaupun dengan keadaan yang sebegitu rupa memang kuat mengebas dan mempunyai pakej yang agak lengkap, dengan cutting yang tinggi serta tubuh yang tegap.
dengan adanya ayam seperti ini membuatkan saya amat bersemangat untuk cuba menghasilkan lagi ayam2 direban... insyaallah..
Monday, November 29, 2010
sedikit coretan...
Alhamdulillah,... dah mula bekerja balik... 2 hari lepas saya sempat menghadiri pertandingan di KL... saya pergi dengan rombongan bas dari terengganu... dalam pertandingan ini, Awe Sulong X perform sangat.. tapi masih boleh dapat hadiah saguhati.. keadaan AS yang mula meluruh mungkin salah satu penyebab dia x bagi yang terbaik... apepun, syukur alhamdulillah.. saya bawak ayam 4 ekor untuk buat main. dua dapat saguhati.. okla, janji masuk game.. hehehe.. semalam, telor2 yang dieram oleh cendana dewi dah mula menetas. skang ni baru menetas 2 ekor. harap2 ade lagi yang menetas lagi hari ini..
untuk game kali ini, boleh dikatakan ayam dari kelantan mendominasi keseluruhan johan kategori hanya kategori serama A yang dijuarai oleh ayam abang rashid marang. ayam botb di menangi oleh ayam dari kelantan juga.. boleh dikatakan semua ayam yang bertanding memang hebat2 dari segi gaya dan aksesori.. penyertaan semalam berkemungkinan dalam 400 ekor..
mmmm,,, gambar2 semasa pertandingan saya akan masukkan nanti, insyaalah.. bagi rakan-rakan blogger yang sempat saya temui, salam saya ucapkan dan terima kasih atas pandangan dan tips2 bagi kaedah breeding serta ayam untuk pertandingan.

Subscribe to:
Posts (Atom)