Sunday, April 15, 2012

ciri2



assalamualaikum,,, hari ni malas nak tunjuk gambar seekor ayam... cuma kali ni saya nak bercerita tentang wajah kedua-dua ekor anak serama ni... hmmmm, knape plak ngn wajah ya? nampak sama je kan? tapi kedua ayam ni adalah berbeza... mungkin sama dari rupa jer.... kalau tempat saya, ayam yang berwajah ini adalah jenis ayam yang lambat datang perangai atau tarik... kenapa begitu? mengikut kata-kata otai yang saya selalu pergi berguru, apabila mukanya seperti betina dan balungnya nipis, seekor serama jantan yang seperti ini mmg datang lambat perangainya.... huhuhuhu... kalo tak percaya, bolih tanya dengan otai2 yang lain... mungkin ada pro n kontranya nanti, tapi belum cuba belum tahu kan? itu adalah sebahagian dari cara saya memilih ayam saya... lain orang lain pendapatnya....

Friday, April 6, 2012

Awe InderaNata




assalamualaikum dan salam sejahtera,,,, koleksi yg ada dirumah, baru baik dari demam yg panjang... dalam proses penyembuhan, dulu dah pernah galak tp bila dah mula sakit balik, saya terus letak ngn betina...hmmm,,,, kalo nak kira salasilah atau keturunan, ayam ni mempunyai kaitan dengan naga kuning sri bidong, kerna saya ambil ayam ni terus dari breeder asalnya sewaktu anak a-b.... kalo dilihat ayam ni dah muda, tapi sebenarnya umur ayam ni baru 3.5 bulan... ianya cepat siap....
hmmmm,,, ayam ni belum galak sepenuhnya, harap2 dia sembuh dalam masa terdekat n join di bon2 akan datang....

Wednesday, March 28, 2012

Golden Army dah Remaja



assalamualaikum, 2-3 keping gambar golden army, perangai mula datang, ayam mula selam, tapi tak lock sangat lagi... susah gak kalo tak lock, mesti gaya pon kurang,,, kalo bab aksesori rasanya dah ok kot, ayam kuning, balong ok,.... campuran awe panglima + induk dr hj iskandar,,, huhuhuhu,,, terima kasih hj iskandar kerana sudi melepaskan induk baka yang bagus,,,...

Saturday, March 24, 2012

incubator auto



assalamualaikum & salam sejahtera.... asyik dengan gambar ayam jer, kali ni saya masukkan pulak gambar incubator yg saya baru pinjam dari member... dulu saya pernah guna yg biasa, tp saya tak larat nak jaga serta pusing tiap hari.. last2 saya jual je pada rakan saya....
sekarang ni kalo pakai yg ini agak mudah kerna semuanya automatik. letak air, saya setkan suhu antara 37.5 hingga 38.2.. kalo ade benih, insyaallah kadar tetasannya adalah tinggi....
ohya, berbalik pada bon yg kami anjur pada 17 mac yg lalu, penyertaan adalah amat menggalakkan,, walaupun bon yg dibuat adalah kecil namun sambutan yg di terima adalah menggaslakkan. Sekitar 130 penyertaan telah diterima..
oleh kerana penyertaan yg sebegitu memuaskan, group kami akan mengadakan siri bon ke dua yg bertempat di kota bharu pula pada bulan mei kalo takde aral yg melintang... penganjuran kali ini adalah atas inisiatif salah seorang rakan group 2012 di pasir pekan, kelantan....

Thursday, March 15, 2012

Pertandingan Kesenian & Kecantikan Serama anjuran 2012 Group


jom sama2 memeriahkan bon pertama anjuran group kami...... insyaallah, bon ini akan dibuat sebagai acara bulanan sekiranya tiada aral....

Wednesday, February 29, 2012

Meroh Pipi n The Golden Army



assalamualaikum n salam sejahtera.... keduanya untuk simpanan bon... (not for sale), sama seperti Binjai Manis juga....hanya dibuat pembaka sahaja... kerana dah jadi pembaka reban, so saya tak jual...
anak2 b sekarang ni mula membesar dan banyak ekor, tapi saya mohon maaf banyak2 kerana buat masa ini anak A dan anak B serta ank2 betina saya tak jual... minta maaaaf sekali lagi....