Saturday, July 14, 2012

semutar hitam dari koleksi sri bidong ( SOLD OUT)

Assalamualaikum, jarang2 saya post dalam blog saya sekarang ni... Maaf, kerana saya teramat sibuk dengan hal2 rumah saya yang masih dalam pembinaan yg hampir 90% siap. Lagipun pada waktu yg sama, saya telah dapat bertukar tempat kerja dulu di kuala berang, sekarang dah dapat bertugas di kuala terengganu kembali.
Dalam kesibukan menjalani rutin kehidupan seharian, tadinya saya sempat berkunjung kerumah Tolib Sri Bidong. Dah lama tak jenguk2 rebannya, dalam borak2 dia ada mengeluarkan peluru2 untuk pertandingan..... dari percakapannya, dia mungkin nak letgo beberapa ekor ayam untuk bon dalam simpanan, kerana dia pon sibuk menguruskan ladangnya. salah seekornya adalah seperti gambar yang dipaparkan. Berasal dari satu reban dengan Inderanata, Naga sri bidong.... ayam masih muda, sayap lempar, aktif cuma dia x pernah bawak ayam ni ke bon  sbb sibuk.... tengok live lagi cun gayanya... bagi sesiapa yang rasa nak merisik, bolih la telefon saya untuk rundingan harga. banyak lg gambar ayam yg lain untuk dilepaskan mungkin di lain kali saya masukkan yer...

Sunday, July 8, 2012

Hebahan awal pertandingan

Assalamualaikum, insyaAllah dalam bulan september nanti 2012 group akan mengadakan sekali lagi bon kecil di padang nenas, kuala terengganu. yuran pendaftaran sekitar RM25 seekor. juara RM100, N.Juara 80, ketiga 60. saguhati rm30. hadiah cabutan bertuah & bonanza masih dalam perbincangan. walaubagaimanapun, tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian. majulah serama untuk semua. terima kasih.
saja2 letak salah sekor pembaka dirumah... merah pipi namanya..huhuhu

Tuesday, June 5, 2012

The Golden Army ( SOLD OUT)

Assalam, Gabungan bapak yang banyak menghasilkan ayam yang agak menarik bagi saya iaitu awe panglima beserta induk dr hj iskandar... anak2 hasil dr awe panglima adalah awe bongsu, satria mas milik abang adham keramat, serta the golden army sendiri.... mulai bergaya atas latihan dari judin 2012 group... video ini pon diambil dari rumahnya... huhuhu...

Thursday, May 31, 2012

serama bahar stongkol (SOLD OUT)

Assalam, antara keluaran terbaru reban saya,, sudah lama bertapa di kota bharu... tak apala, janji yg keluar adalah bergaya.... gabungan adunan baka dari serama keramat yg telah terbukti mempunyai gaya yg bagus,cuma byk kena potong markah bahagian di kolum aksesori sbb belum siap sepenuhnya....

Cendana Harumi (SOLD OUT)

assalam, antara adunan baka dr hj iskandar yang mulai menjadi selam tenggelam di reban saya... anak kepada alpha beta yang saya postkan sebelum ini dan ibunya induk belunjur reban yang amat saya sayangi... Gambar ini saya ambil pada 30 mei 2012 sewaktu dirumah tolib sri bidong aka big boss 2012 group... saje2 bawak untuk mohon nasihat dari beliau... insyaallah induk ini saya akan bawak masuk ke bon, kerna usianya masih muda iaitu 5 bulan....

Sunday, May 6, 2012

Siku Raja

Assalam, lagi anak2 awe panglima dengan induk dr hj iskandar... hmmm, mesti ramai tertanya byk plak awe pg5 di masuk dengan induk2 hj iskandar kan.. betul ke ni? hehehe... memang betul kerna induk2 dari hj iskandar yang saya ambik adalah sebanyak 9 ekor... jadi apabila saya masuk dari induk hj iskandar semuanya saya panggil dengan satu baka sahaja... paternnya takdela tinggi sangat tak seperti abangnya yang sudah berada berada di kota bharu... balung mancis,warna kuning gelap.... perangai jer belum betul2 datang lagi.....