Wednesday, January 20, 2010

Minggu yang agak sibuk

2-3 minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dalam menjalankan kerja seharian. x sempat nak mengemaskini blog.. dalam pada itu juga, kesihatan saya kurang memberansangkan dalam minggu ni,demam dan batuk yang x berhenti-henti..reban pun x sempat nak diuruskan dengan baik, ayam-ayam sekadar diberi makan sahaja... walaupun dalam keaadaan yang agak kurang sihat, saya sempat jugak menjenguk beberapa reban otai serama di kawasan terengganu & kelantan... di sana saya sempat mendapatkan satu tips bagi mendapatkan kadar peratusan yang tinggi untuk mendapatkan anak ayam yang cantik. cara tersebut adalah bapak pembaka yang ada hendaklah dari bapak tua + ibu yang tua... mungkin induk ini akan bertelur hanya 2-3 biji namun hasilnya insyaallah menjadi.. mungkin ada diantara kita yang akan berbeza pendapat tentang perkara ini, namun ini adalah sekadar tips sahaja yang boleh dikongsikan bersama serta mungkin boleh praktikkan & mencuba 'trial & error' dalam proses penternakan ini. moga-moga bagi peminat-peminat baru yang lain seperti dapat mengeluarkan hasil reban yang diingini kelak berdasarkan ilmu-ilmu dari otai-otai serama yang ada.Insyaallah di lain kali saya cuba memasukkan tips yang lain pula…

No comments:

Post a Comment