Tuesday, July 12, 2011

Awe Mangkubumi



Asalam, salah seekor bapak pembaka yang menghuni reban hampir sebulan... dulunya pernah dijual, namun telah dihantar kembali kepada tuan asal iaitu otai bidong.. agak sebulan lebih juga ayam ini berada di luar negeri Terengganu, kemudian dihantar kembali diatas masalah masalah yg tidak dapat dielakkan...waktu penerimaan kembali, ayam ini kurang sihat dan apabila dirawat kembali, ianya telah pulih sepenuhnya.. Alhamdulillah, ianya sekarang saya jadikan sebagai penghulu reban bersama lagi seekor bapak pembaka utama iaitu Awe SangNago.. ianya juga bagi menggantikan Awe Sulong yang telah berhijrah ke indonesia.. oh ya,ade sesetengah peminat serama mengatakan awe sulong telah mati, namun perkara yang sebenarnya adalah awe sulong masih lagi bernyawa dan bersama tuan barunya.. jadi sebarang kekeliruan bolehla bertanyakan saya sendiri....
Berbalik kepada AM, saya cuma jadikan ia pembaka kerana ianya agak berisi serta perangai yang mengibas serta tak terjun meja, membuatkan saya begitu tertarik untuk mengambilnya di jadikan sebagai teras pembaka saya...
Adalah diharapkan satu hari nanti, saya dapat melihat hasilnya bersama bloodline awe sulong yang masih saya simpan untuk baka nanti.... insyaAllah....

No comments:

Post a Comment