Sunday, May 23, 2010

Suasana di Pertandingan Kuala Besut, 22 Mei 2010

Alhamdulillah, semalam saya sempat menyertai pertandingan di Kuala Besut. Pada penyertaan kali ini, lebih dari 400 ekor ayam yang telah menyertai pertandingan tersebut..ini merupakan pertandingan yang ke lima yang telah saya sertai sepanjang penglibatan saya dalam hobi membela ayam serama... ianya juga adalah penyertaan kedua Awe Sulong, yang pertama adalah di Kenyir. pada pertandingan sebelum ini, di Sutera Beach Resort, saya tidak dapat menyertai pertandingan tersebut kerana saya berada di atas bot untuk memancing & mencandat sotong di sebelah malamnya.. walaupun baru kali kedua menyertai pertandingan, Awe Sulong masih lagi tidak menghampakan saya. AS mendapat naib johan kategori serama muda. Alhamdulillah.. markah bagi gayanya masih lagi tinggi sebanyak 23 markah, dengan tarik selam serta mengebas sebanyak 5 kali sepanjang diatas meja pengadilan.. sewaktu di Kenyir dulu, AS mengebas sebanyak 7 kali dalam waktu seminit lebih...
Pada kali ini, saya pergi ke sana bersama 3 orang otai & rakan serama cilik iaitu Abg Rashid Marang selaku pemilik kenderaan, Cg Shukri (raja-serama), Abang Merang Ekzos dan rakan serama yang baru berusia 15 Tahun, Adik Aidil. semasa dalam perjalanan hujan turun dengan amat lebat sekali, namun kerana minat kami meneruskan jua perjalanan & berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar. apabila sampai disana, hujan masih turun dengan lebatnya.. Disekitar kawasan padang, setiap peserta masih berteduh di bawah khemah serta tidak menurunkan ayam masing-masing kerana dikhuatiri ayam menjadi sejuk & tidak dapat beraksi dengan cemerlang... pertandingan dimulakan agak lambat dari jadual asal selepas hujan semakin reda barulah pendaftaran dibuka..


Pemandangan dari dalam kereta, hujan lebat... memang best kalo dapat tidur waktu ni...hehe..

Urusetia pendaftaran, masih menunggu hujan reda... bila nak mula daaa????

Para peserta masih bersantai dibawah khemah kerana hujan lebat.


masing-masing dok menunggu ayam di letakkan diatas meja pengadilan.

sangkar-sangkar didalam bon, penyertaan dari kategori serama muda sebanyak lebih kurang 84 ekor..

Awe kecik, hasil reban sendiri... ingatkan nak buat main anak B.. tp terlebih berat plak 20 gram... so dia direhatkan dulu... perangai macam bapak dia, kuat mengebas & sayap dah nak melempar ke hadapan... adik-beradik dia yang jantan, lebih kurang macam dia, dengan gayanya yang hampir serupa...

Wednesday, May 19, 2010

sepetang di rumah saudara rashid marang

hari ni saya mengambil cuti tahunan, ingat nak bangun pagi-pagi untuk cuci reban. tp paginye hujan turun, so berehat-rehat saje dirumah. petangnya, terus saya bertandang kerumah sifu saya abang rashid marang... tujuan utama ke rumahnya adalah untuk menyiapkan awe sulong n membuat trimm pada bulu2 yang tidak berkenaan...


anak a yang cantik, dah mula tarik dengan cutting tubuh yang tinggi... terdapat 2-3 ekor adik-beradik lg... ermmm, dah pun saya book sepasang untuk buat main... hehehe...




(dah Pindah kediaman di kedah)
induk yang amat sesuai untuk dibawa ke arena pertandingan, dengan kedudukan selam dan kepalanya berada di atas dadanya... ermmmm.. memang cantik..

jantan yang sentiasa mengebas diatas meja, kedudukannya sentisa tarik & perangagi yang cantik...kalernya macam ular sawa batik, juga sesuai untuk dibawa ke arena pertandingan.

induk pertandingan




induk dari reban majid dungun, ayam yang sememangnya cantik dengan selam menjunam..warna yang kuning bersih... insyaalah, kalau xde aral dia akan beraksi di bon besut nanti.

anak sedara awe sulong





anak serama ni adalah anak sedara awe sulong, ibunya adalah kakak kandung satu emak satu bapak AS yang kini berada dirumah rashid Marang. 5 ekor yang menetas, cuma tinggal sekor ni aje yang masih hidup... nampak kepada warnanya, saya rase warna kuning mengikut warna ibu & bapaknya yang juga dari baka bapak kuning cg amran besut. mungkin boleh pergi jauh lagi anak ni di masa depan... insyaaallah.

Tuesday, May 18, 2010

lagi anak-anak ayam




(Dah pindah kediaman)


sekadar berkongsi anak-anak ayam dirumah... x banyak yang menetas, dalam sekor induk hanya 2-3 ekor je yang menetas... yang keluar plak, x tau la jd cantik ke tidak... memang kena banyak bersabar dalam breeding... dah cube cross dengan baka-baka tersohor, mungkin belum masenya nak dapatkan ayam yang cantik... sesetengah otai bagitau, ada yang kena tunggu remaja,muda & masuk kategori baru nak datang perangai. sekarang ni pun sedang buat kajian & catat baka dengan campuran2 yang ade... dalam 3 bulan lepas, ade la 4 ekor yang menetas, yang sekor dari kecik lg dah tarik sangat, lastly, ekor senget plak... tp x lari chasis lagi..mungkin dalam 2-3 hari ni nak kena ikat ekornya agar x senget lagi.
mengenai perkembangan awe sulong plak, AS dah siap sepenuhnya untuk bon di besut pada hari sabtu ni.. bagi saya, kalau dia buat kerja pon dah syukur alhamdulillah... harapan nak dapat nombor macam hari tu, saya x letakkan harapan yang tinggi sangat kerana pertandingan serama sekarang ni memang pertandingan yang bukan sahaja menonjolkan ayam-ayam yang cantik dari segi aksesori bahkan amat hebat dari segi gaya. oh ya, induk-induk mithali sebanyak 4 ekor yang ade dirumah & saya 'creet' dengan awe sulong telah mula bertelor... mintak2 la ade yang bakal menetas & menuruti gaya serta bentuk tubuh AS nanti....

Thursday, April 29, 2010

Awe Sulong terkini

alhamdulillah, x sangka pulak awe sulong buat kerja di bon kenyir hari tu,.. markah untuk gaya 23.5 dan tubuh 13.5... tp awe sulong kalah sikit di ekor sebab memang x siap pon ekor mase tu... xpelah, mungkin sebab da rezeki dia hari tu, dia dapat BOTB, johan serama muda & dapat hamper cabutan bertuah... saya rasakan btul2 bertuah .. memang saya berbanyak2 terima kasih kepada abang rashid marang & cikgu amran besut kerana banyak menolong serta memberi tunjuk ajar kepada saya...



bakal 'mem besar' si awe sulong


asal reban pak rashid marang, anak2 yang terdahulu memang cantik-cantik sebab tu saya cuba 'creet' bagi awe sulong... kalau2 dapat anak yang cantik...


induk kecik je... ambik dulu belunjur, bile masuk remaja dah start tarik... asal reban cg amran besut.. skang ni dah ade anak sekor... yang menetas 3 tp 2 dah mati... harap2 boleh jd ibu yang mithali kepada anak2 awe sulong x lama lagi...