Tuesday, May 18, 2010

lagi anak-anak ayam




(Dah pindah kediaman)


sekadar berkongsi anak-anak ayam dirumah... x banyak yang menetas, dalam sekor induk hanya 2-3 ekor je yang menetas... yang keluar plak, x tau la jd cantik ke tidak... memang kena banyak bersabar dalam breeding... dah cube cross dengan baka-baka tersohor, mungkin belum masenya nak dapatkan ayam yang cantik... sesetengah otai bagitau, ada yang kena tunggu remaja,muda & masuk kategori baru nak datang perangai. sekarang ni pun sedang buat kajian & catat baka dengan campuran2 yang ade... dalam 3 bulan lepas, ade la 4 ekor yang menetas, yang sekor dari kecik lg dah tarik sangat, lastly, ekor senget plak... tp x lari chasis lagi..mungkin dalam 2-3 hari ni nak kena ikat ekornya agar x senget lagi.
mengenai perkembangan awe sulong plak, AS dah siap sepenuhnya untuk bon di besut pada hari sabtu ni.. bagi saya, kalau dia buat kerja pon dah syukur alhamdulillah... harapan nak dapat nombor macam hari tu, saya x letakkan harapan yang tinggi sangat kerana pertandingan serama sekarang ni memang pertandingan yang bukan sahaja menonjolkan ayam-ayam yang cantik dari segi aksesori bahkan amat hebat dari segi gaya. oh ya, induk-induk mithali sebanyak 4 ekor yang ade dirumah & saya 'creet' dengan awe sulong telah mula bertelor... mintak2 la ade yang bakal menetas & menuruti gaya serta bentuk tubuh AS nanti....

No comments:

Post a Comment