Sunday, May 23, 2010

Suasana di Pertandingan Kuala Besut, 22 Mei 2010

Alhamdulillah, semalam saya sempat menyertai pertandingan di Kuala Besut. Pada penyertaan kali ini, lebih dari 400 ekor ayam yang telah menyertai pertandingan tersebut..ini merupakan pertandingan yang ke lima yang telah saya sertai sepanjang penglibatan saya dalam hobi membela ayam serama... ianya juga adalah penyertaan kedua Awe Sulong, yang pertama adalah di Kenyir. pada pertandingan sebelum ini, di Sutera Beach Resort, saya tidak dapat menyertai pertandingan tersebut kerana saya berada di atas bot untuk memancing & mencandat sotong di sebelah malamnya.. walaupun baru kali kedua menyertai pertandingan, Awe Sulong masih lagi tidak menghampakan saya. AS mendapat naib johan kategori serama muda. Alhamdulillah.. markah bagi gayanya masih lagi tinggi sebanyak 23 markah, dengan tarik selam serta mengebas sebanyak 5 kali sepanjang diatas meja pengadilan.. sewaktu di Kenyir dulu, AS mengebas sebanyak 7 kali dalam waktu seminit lebih...
Pada kali ini, saya pergi ke sana bersama 3 orang otai & rakan serama cilik iaitu Abg Rashid Marang selaku pemilik kenderaan, Cg Shukri (raja-serama), Abang Merang Ekzos dan rakan serama yang baru berusia 15 Tahun, Adik Aidil. semasa dalam perjalanan hujan turun dengan amat lebat sekali, namun kerana minat kami meneruskan jua perjalanan & berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar. apabila sampai disana, hujan masih turun dengan lebatnya.. Disekitar kawasan padang, setiap peserta masih berteduh di bawah khemah serta tidak menurunkan ayam masing-masing kerana dikhuatiri ayam menjadi sejuk & tidak dapat beraksi dengan cemerlang... pertandingan dimulakan agak lambat dari jadual asal selepas hujan semakin reda barulah pendaftaran dibuka..


Pemandangan dari dalam kereta, hujan lebat... memang best kalo dapat tidur waktu ni...hehe..

Urusetia pendaftaran, masih menunggu hujan reda... bila nak mula daaa????

Para peserta masih bersantai dibawah khemah kerana hujan lebat.


masing-masing dok menunggu ayam di letakkan diatas meja pengadilan.

sangkar-sangkar didalam bon, penyertaan dari kategori serama muda sebanyak lebih kurang 84 ekor..

Awe kecik, hasil reban sendiri... ingatkan nak buat main anak B.. tp terlebih berat plak 20 gram... so dia direhatkan dulu... perangai macam bapak dia, kuat mengebas & sayap dah nak melempar ke hadapan... adik-beradik dia yang jantan, lebih kurang macam dia, dengan gayanya yang hampir serupa...

No comments:

Post a Comment