Tuesday, July 27, 2010

contoh reban

reban yang sedang digunakan sekarang berjumlah 6 bilik kecil & 3 bilik besar... agak sesuai bagi mereka yang berada di kawasan perumahan...

antara gambar reban yang masih belum siap... reban ini berjumlah 18 bilik...

Saturday, July 24, 2010

Awe Sulong - BOTB kuantan (24 Julai 2010)

Alhamdulillah.... itu je yang mampu saya ucapkan bila mendengar perkhabaran gembira dari kuantan petang tadi.... AS masih mengekalkan Momentum kemenangan dengan menjadi BOTB bon kuantan hari ni... cuma awe sulong hari ni bertukar nama sedikit... hehehe... maklumlah, saya x join game pada kali ini... ayam pun kawan saya yang bawak..insyaallah, kalau xde aral nanti bon di pasir mas & syahbandar, kuala terengganu, saya akan join.... bagi kawan2 yang igin memiliki anak dari baka awe sulong, saya mohon maaf kerana 2 ekor induk yang sedang mengeram anak2 tidak menjadi... mungkin dengan cuaca yang panas menyebabakan banyak telur yang tidak menjadi... x apala, mungkin xde rezeki.... cuma sekarang ni, induk yang mula mengeram adalah kakak kandungnya sendiri yang berada dirumah saya... induk tersebut saya pinjam dari abang rashid marang untuk tujuan pembiakan.... insyaallah kalo aral akan menetas lagi 2-3 ekor lagi anak2 nya kelak...

Wednesday, July 21, 2010

cendana jiwa(sold)



induk ini merupakan salah seekor induk kandang di rumah saya... merupakan anak kepada seekor ayam BOTB di suatu ketika dulu.. berwarna kuning satu sut, sesuai dengan dengan bakanya dari raja gegar, perangai yang tengkuknya memang kuat getarannya...

Monday, July 19, 2010

seramaku si awe sulong



perangai yang semakin menjadi-jadi.... sekarang ni AS suka mengebas sambil melompat serta melonjakkan dadanya agar terus selam....

Sunday, July 18, 2010

suasana bon di bachok, kelantan ( 17 julai 2010)


Di meja pendaftaran

markah yang diperolehi oleh awe sulong sangkar no 28 dalam kategori tanpa lawi dengan markah gaya sebanyak 23.0



masing2 menunggu menerima hadiah
majlis penyampaian hadiah
salam, gambar2 diatas adalah sebahagian dari suasana bon di bachok semalam.. kehadiran masih lagi banyak iaitu melebihi dari 500 penyertaan... bon ini diadakan bersempena pesta wau yang dianjurkan oleh tourism kelantan & kerajaan negeri...
Pada pertandingan kali ini, saya pergi ke bachok dengan kereta rakan saya abang Tolib (sri Bidong)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dari kuala terengganu ke bachok.. setibanya sampai disana, satu bas dari kl telah pun tiba & masing2 sedang sibuk menyiapkan ayam...Pada kali ini, ayam2 peserta memang cantik-cantik..... perasaan gemuruh & gementar memang menyelubungi perasaan saya diawal pertandingan maklumla penyertaan itu boleh dikatakan hebat2 mengikut kategori masing2..., pada hari ini saya masih lagi membawa awe sulong untuk diuji di bon bachok... alhamdulillah, dia masih lagi memberikan prestasi yang terbaik dengan gaya lawan meja serta kuat mengebas seperti perangai kebiasaannya dalam kategori serama tanpa lawi.... dan kali ini juga dia tidak mengecewakan saya.... dengan mengikuti 4 pertandingan sebelum ini, dia masih didalam nombor iaitu :

1) Johan serama muda seterusnya mendapat BOTB di kenyir 24 april 2010

2)naib johan serama muda di bon besut 22 mei 2010

3) naib johan serama muda di bon tebengau, kedah 03 Julai 2010

4) Johan serama tanpa lawi di bon bachok

ayam best of the best ( BOTB) pada pertandingan ini adalah milik rakan saya iaitu abang Tolib ( sri Bidong) iaitu pemilik serama muda....

Tuesday, July 13, 2010

sambil rileks-rileks
















antara induk2 yang sedang mengeram......

ibu mithali kepada anak awe sulong







salam... saje buat paparan ibu kepada anak awe sulong... induk yang selam, berbulu kemas, tp dah lama tak dimandikan... dalam seminggu lagi akan diasingkan dari anak & dipertemukan kembali dengan awe sulong untuk tujuan pembiakan..