Sunday, July 18, 2010

suasana bon di bachok, kelantan ( 17 julai 2010)


Di meja pendaftaran

markah yang diperolehi oleh awe sulong sangkar no 28 dalam kategori tanpa lawi dengan markah gaya sebanyak 23.0



masing2 menunggu menerima hadiah
majlis penyampaian hadiah
salam, gambar2 diatas adalah sebahagian dari suasana bon di bachok semalam.. kehadiran masih lagi banyak iaitu melebihi dari 500 penyertaan... bon ini diadakan bersempena pesta wau yang dianjurkan oleh tourism kelantan & kerajaan negeri...
Pada pertandingan kali ini, saya pergi ke bachok dengan kereta rakan saya abang Tolib (sri Bidong)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dari kuala terengganu ke bachok.. setibanya sampai disana, satu bas dari kl telah pun tiba & masing2 sedang sibuk menyiapkan ayam...Pada kali ini, ayam2 peserta memang cantik-cantik..... perasaan gemuruh & gementar memang menyelubungi perasaan saya diawal pertandingan maklumla penyertaan itu boleh dikatakan hebat2 mengikut kategori masing2..., pada hari ini saya masih lagi membawa awe sulong untuk diuji di bon bachok... alhamdulillah, dia masih lagi memberikan prestasi yang terbaik dengan gaya lawan meja serta kuat mengebas seperti perangai kebiasaannya dalam kategori serama tanpa lawi.... dan kali ini juga dia tidak mengecewakan saya.... dengan mengikuti 4 pertandingan sebelum ini, dia masih didalam nombor iaitu :

1) Johan serama muda seterusnya mendapat BOTB di kenyir 24 april 2010

2)naib johan serama muda di bon besut 22 mei 2010

3) naib johan serama muda di bon tebengau, kedah 03 Julai 2010

4) Johan serama tanpa lawi di bon bachok

ayam best of the best ( BOTB) pada pertandingan ini adalah milik rakan saya iaitu abang Tolib ( sri Bidong) iaitu pemilik serama muda....

No comments:

Post a Comment