Tuesday, July 27, 2010
contoh reban
Saturday, July 24, 2010
Awe Sulong - BOTB kuantan (24 Julai 2010)
Alhamdulillah.... itu je yang mampu saya ucapkan bila mendengar perkhabaran gembira dari kuantan petang tadi.... AS masih mengekalkan Momentum kemenangan dengan menjadi BOTB bon kuantan hari ni... cuma awe sulong hari ni bertukar nama sedikit... hehehe... maklumlah, saya x join game pada kali ini... ayam pun kawan saya yang bawak..insyaallah, kalau xde aral nanti bon di pasir mas & syahbandar, kuala terengganu, saya akan join.... bagi kawan2 yang igin memiliki anak dari baka awe sulong, saya mohon maaf kerana 2 ekor induk yang sedang mengeram anak2 tidak menjadi... mungkin dengan cuaca yang panas menyebabakan banyak telur yang tidak menjadi... x apala, mungkin xde rezeki.... cuma sekarang ni, induk yang mula mengeram adalah kakak kandungnya sendiri yang berada dirumah saya... induk tersebut saya pinjam dari abang rashid marang untuk tujuan pembiakan.... insyaallah kalo aral akan menetas lagi 2-3 ekor lagi anak2 nya kelak...
Wednesday, July 21, 2010
cendana jiwa(sold)
Monday, July 19, 2010
seramaku si awe sulong
perangai yang semakin menjadi-jadi.... sekarang ni AS suka mengebas sambil melompat serta melonjakkan dadanya agar terus selam....
Sunday, July 18, 2010
suasana bon di bachok, kelantan ( 17 julai 2010)
majlis penyampaian hadiah
salam, gambar2 diatas adalah sebahagian dari suasana bon di bachok semalam.. kehadiran masih lagi banyak iaitu melebihi dari 500 penyertaan... bon ini diadakan bersempena pesta wau yang dianjurkan oleh tourism kelantan & kerajaan negeri...
Pada pertandingan kali ini, saya pergi ke bachok dengan kereta rakan saya abang Tolib (sri Bidong)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dari kuala terengganu ke bachok.. setibanya sampai disana, satu bas dari kl telah pun tiba & masing2 sedang sibuk menyiapkan ayam...Pada kali ini, ayam2 peserta memang cantik-cantik..... perasaan gemuruh & gementar memang menyelubungi perasaan saya diawal pertandingan maklumla penyertaan itu boleh dikatakan hebat2 mengikut kategori masing2..., pada hari ini saya masih lagi membawa awe sulong untuk diuji di bon bachok... alhamdulillah, dia masih lagi memberikan prestasi yang terbaik dengan gaya lawan meja serta kuat mengebas seperti perangai kebiasaannya dalam kategori serama tanpa lawi.... dan kali ini juga dia tidak mengecewakan saya.... dengan mengikuti 4 pertandingan sebelum ini, dia masih didalam nombor iaitu :
1) Johan serama muda seterusnya mendapat BOTB di kenyir 24 april 2010
2)naib johan serama muda di bon besut 22 mei 2010
3) naib johan serama muda di bon tebengau, kedah 03 Julai 2010
4) Johan serama tanpa lawi di bon bachok
ayam best of the best ( BOTB) pada pertandingan ini adalah milik rakan saya iaitu abang Tolib ( sri Bidong) iaitu pemilik serama muda....
Tuesday, July 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

