Tuesday, July 27, 2010
contoh reban
Saturday, July 24, 2010
Awe Sulong - BOTB kuantan (24 Julai 2010)
Alhamdulillah.... itu je yang mampu saya ucapkan bila mendengar perkhabaran gembira dari kuantan petang tadi.... AS masih mengekalkan Momentum kemenangan dengan menjadi BOTB bon kuantan hari ni... cuma awe sulong hari ni bertukar nama sedikit... hehehe... maklumlah, saya x join game pada kali ini... ayam pun kawan saya yang bawak..insyaallah, kalau xde aral nanti bon di pasir mas & syahbandar, kuala terengganu, saya akan join.... bagi kawan2 yang igin memiliki anak dari baka awe sulong, saya mohon maaf kerana 2 ekor induk yang sedang mengeram anak2 tidak menjadi... mungkin dengan cuaca yang panas menyebabakan banyak telur yang tidak menjadi... x apala, mungkin xde rezeki.... cuma sekarang ni, induk yang mula mengeram adalah kakak kandungnya sendiri yang berada dirumah saya... induk tersebut saya pinjam dari abang rashid marang untuk tujuan pembiakan.... insyaallah kalo aral akan menetas lagi 2-3 ekor lagi anak2 nya kelak...
Wednesday, July 21, 2010
cendana jiwa(sold)
Monday, July 19, 2010
seramaku si awe sulong
perangai yang semakin menjadi-jadi.... sekarang ni AS suka mengebas sambil melompat serta melonjakkan dadanya agar terus selam....
Sunday, July 18, 2010
suasana bon di bachok, kelantan ( 17 julai 2010)
majlis penyampaian hadiah
salam, gambar2 diatas adalah sebahagian dari suasana bon di bachok semalam.. kehadiran masih lagi banyak iaitu melebihi dari 500 penyertaan... bon ini diadakan bersempena pesta wau yang dianjurkan oleh tourism kelantan & kerajaan negeri...
Pada pertandingan kali ini, saya pergi ke bachok dengan kereta rakan saya abang Tolib (sri Bidong)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dari kuala terengganu ke bachok.. setibanya sampai disana, satu bas dari kl telah pun tiba & masing2 sedang sibuk menyiapkan ayam...Pada kali ini, ayam2 peserta memang cantik-cantik..... perasaan gemuruh & gementar memang menyelubungi perasaan saya diawal pertandingan maklumla penyertaan itu boleh dikatakan hebat2 mengikut kategori masing2..., pada hari ini saya masih lagi membawa awe sulong untuk diuji di bon bachok... alhamdulillah, dia masih lagi memberikan prestasi yang terbaik dengan gaya lawan meja serta kuat mengebas seperti perangai kebiasaannya dalam kategori serama tanpa lawi.... dan kali ini juga dia tidak mengecewakan saya.... dengan mengikuti 4 pertandingan sebelum ini, dia masih didalam nombor iaitu :
1) Johan serama muda seterusnya mendapat BOTB di kenyir 24 april 2010
2)naib johan serama muda di bon besut 22 mei 2010
3) naib johan serama muda di bon tebengau, kedah 03 Julai 2010
4) Johan serama tanpa lawi di bon bachok
ayam best of the best ( BOTB) pada pertandingan ini adalah milik rakan saya iaitu abang Tolib ( sri Bidong) iaitu pemilik serama muda....
Tuesday, July 13, 2010
Sunday, July 11, 2010
serama remaja ke muda (dijual - kedah)
Bon di Besut 10 Julai 2010
gambar-gambar ni je la yang sempat diletak... semalam saya x join game ini, sebab awe sulong x sihat... jd, sambil2 balik rumah emak di besut, saya singgahla kejap... x banyak gambar yang diambil... saya pergi pun dalam pukul 1 lebih, pukul 2.30 saya dah balik... petangnya terus balik ke kuala terengganu,... alhamdulillah awe sulong dah sihat dan kembali aktif... 2-3 hari ni dia asyik berak hijau putih yang menandakan dia x sihat... jd, sebelum saya bagi ubat, saya menyuapkannya dengan pisang jelai dulu agar terdapat makanan di dalam temboloknya... selepas itu barulah saya menyuapkan ubat tetra chlor yang berwarna merah... ubat ini adalah bagi mengubati penyakit ayam kna resdung, cholera ( berak hijau), & 2-3 jenis lagi... kalau kat umah ni saya guna 2-3 jenis ubat & vitamin bagi menyihatkan lagi ayam2 saya.... vitamin b kompleks untuk urat serta ayam yang kakinya x kuat, ubat hijau putih bagi ayam yang selsema/demam... ubat ayam laga berwarna hijau gelap bagi membuatkan dia sentiasa garang, ubat cacing(pil & serbuk)....
Pembaka di rumah sekarang....
Thursday, July 8, 2010
anak AS berusia 3 minggu lebih
gambar-gambar di atas diambil dari dari sepasang anak ayam yang berbeza,.... nampak macam same.... rasenya kalau x silap saya, seekor jantan dan seekor lagi betina..... ramai yang dah mintak, tp saya mohon maaf, kerana untuk anak2 AS ni saya x jual lagi... saya nak lihat dulu generasi pertama bagi anak Awe sulong.... kedua-duanya masih blum nampak lagi potensinya, namun saya rase mungkin ade seekor yang pada pengamatan saya berbeza sikit bentuk tubuhnya... warna anak ini mungkin kuning mengikut warna ibunya berdarah raja gegar serta berkaki kuning.....
Wednesday, July 7, 2010
anak-anak awe sulong
Awe Indera
anak yang berdarah husin & besi buruk skang ni mula menunjukkan perangai yang galak diatas meja... sesekali boleh lihat AI menarik tengkok & melonjakkan badannya... agak2nye boleh saya buat main nanti..... apepun, kena mengambil mase jugak untuk mengikuti perkembangan ayam ini....
Tuesday, July 6, 2010
catatan perjalanan di tebengau, kedah.....
markah yang diperolehi oleh awe sulong.... sangkar no 6.....
dah nak balik.... bai2 tebengau,... jumpe di besut plak......
alhamdulillah, gambar diatas adalah serba sedikit dari koleksi yang ade didalam kamera, mungkin gambar yang diambil tidak cantik maklumla orang yang baru guna kamera... tp letak je la dai xde langsung... hehehe...
kami bertolak dengan bas dari terengganu pada jam lebih kurang 5.30 petang.... ramai otai2 yang telah dapat saya jumpe.... perjalanan mengambil mase lebih kurang 8 jam.... dipertengahan perjalanan bas yang membawa kami berhenti di grik dan melihat perlawananan bola sepak di antara brazil bertemu belanda... maklumla musim demam bolasepak... hehehe... perjalananan di teruskan lagi dan kami sampai tebengau pada pukul 3 pagi.... sesampainya di sana, pihak penganjur memang bermurah hati menyediakan hidangan khas buat kami... memang syok... teh tarik, air sirap, agar2, nasi berlauk ayam... besttt... terima kasih pihak penganjur.... bile dah habis makan, kami pon mula mencari pot masing2... saya mengeluarkan ayam saya dari kotak 'ISA' & seterusnya memberikannya makan.... alhamdulillah, ayam saya masih lagi aktif...
dari pukul 3 pagi, sehinggalah subuh, masing2 x tido... semuanya begitu teruja untuk menyertai pertandingan ini.... lebih kurang jam 7 lebih, bas dari peserta kelantan tiba....pada awalnya, kehadiran tidak beberapa ramai, namun menjelang tengahari, tempat perrtandingan menjadi sesak... memang ramai yang datang..... rasenya, kalo x silap saya, penyertaan lebih kurang 500... dengan mude & remaja jumlah penyertaannya melebihi 100 ekor setiap kategori 2 kategori tersebut... alhamdulillah, ayam saya masih mendapat naib johan muda....perangainya masih sama, dengan berkebas sebanyak 5 kali serta tarik selam dengan melonjakkan dadanya.
sewaktu mase terluang, saya bersama rakan2 sempat menziarah rumah cg zannora (serama gunung)... terima kasih cg kerana sudi membawa kami melihat aym yang power2 dari reban cg.... acara petangnya tamat pada jam lebih kurang pukul 6 petang.... insyallah, kita jumpa di besut pada 10 jun ini.... insyaallah.....
sewaktu mase terluang, saya bersama rakan2 sempat menziarah rumah cg zannora (serama gunung)... terima kasih cg kerana sudi membawa kami melihat aym yang power2 dari reban cg.... acara petangnya tamat pada jam lebih kurang pukul 6 petang.... insyallah, kita jumpa di besut pada 10 jun ini.... insyaallah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)